“Saya mengaku berkahwin dengannya pada 12 Mei 2009 di Songkhla, Thailand sebelum menceraikan isteri pertama sebulan kemudian tetapi kini saya berpendapat apa berlaku termasuk perceraian dengan isteri pertama seolah-olah sudah dirancang.
“Ini kerana semasa berkahwin dengan isteri kedua, semuanya sudah diatur abang ipar dan seorang lagi wanita mengaku sebagai tunangnya. Ketika itu ibu saya sibuk dengan persiapan menunaikan haji. Saya sendiri tidak tahu apa berlaku ke atas saya sehingga sanggup menurut kata-kata mereka dan hanya mengikut mereka sehingga ke Songkhla,” katanya yang ditemui semalam.
Mohd Fitri berkata, sebelum mengenali bekas isteri keduanya itu yang juga peminatnya, hubungannya dengan bekas isteri pertama amat baik tetapi bertukar menjadi benci kerana hasutan wanita itu yang melaga-lagakan mereka berdua. Disebabkan itu dia menceraikan isteri pertamanya.
Mohd Fitri turut menjelaskan dia berhasrat mendaftar perkahwinan di Malaysia tetapi isteri keduanya enggan tanpa memberikan alasan, menyebabkan dia menceraikan wanita itu selepas dua minggu berkahwin.
“Saya hanya sedar sesuatu tidak kena selepas ibu pulang dari Makkah. Sepanjang berkahwin saya hanya menurut kata-kata isteri kedua saya itu termasuk memakai tangkal walaupun saya sedar ia menyalahi akidah. Malah, teman dari kumpulan nasyid saya turut perasan perubahan saya,” katanya.
“Selepas dia membuat pendedahan di televisyen, saya berjumpa dan bertanya kenapa dia sanggup berbuat demikian, dia hanya menjawab sebab sakit hati tetapi tidak menyangka membawa kesan buruk kepada nama dan karier saya sehinggakan bapa saya jatuh sakit,” katanya.
Menurutnya, bekas isteri keduanya itu ada menyatakan rasa kesal tetapi keadaan sudah terlambat, namun dia sedia memaafkannya jika wanita itu mahu berubah dan bersedia menceritakan perkara sebenar kepada keluarganya. METRO
Doakan yang terbaik untuk mereka. Kagum dengan wife 1 Fitri! Tabah dalam menghadapi segala ujian.
0 comments:
Post a Comment