Monday, March 31, 2014

Khasiat Minyak Bawang

Jumaat lepas umar aisy dan siti aisyah diserang virus batuk dan selsema. Pembawa asal virus adalah abi aisy aisyah.

Alhamdullilah

Siti aisyah cepat sembuh dengan pengamalan 4 serangkai. Hanya ambil masa sehari siti aisyah dah sembuh sepenuhnya. Tapi tidak untuk umar aisy. Umar Aisy hanya bf sahaja kerana bayi dibawah setahun tidak digalakkan untuk makan madu. Terperasaan nafas umar aisy ada sedikit bunyian kahak.

Arghh..ibu mana yang tidak gusar.

Jadi saya gunakan minyak bawang putih sebagai jalan penyelesaian. Saya pantau suhu badannya, alhamdullilah badannya tak panas. Cuma selsema dengan batuk je la. 

Minyak bawang ni buat sendiri je.

Bahan-bahannya 

  • seulas bawang putih
  • minyak masak / minyak zaitun / minyak kelapa dara (minyak apa2 pun boleh. saya guna minyak kelapa dara)
  • habbatusauda.

bakar, lepas tu lenyek dalam minyak dan tabur sedikit habbatusauda.

Sapukan tapak kaki, betis dan pakaikan stokin. Saya sapukan juga di bahagian dada dan belakang.

Insyaallah, teknik ini mampu mempercepatkan proses penyembuhan batuk dan selsema.


Siti aisyah tengah sapukan minyak bawang di kaki dan betis umar aisy. Saya suruhnya bacakan al-fatihah dan doa " Ya Allah yang tuhanku, sembuhkanlah penyakit umar aisy, berikanlah kesihatan yang baik untuk adik. Ameen".. Raup tangan di muka dan kemudiannya hembuskan kaki adiknya!


notakaki: kuasa penyembuh tetap milik Allah

Thursday, March 27, 2014

Mendidik Anak Membaca Al Quran Dari Kecil

" Imam Shafie dilahirkan dari keluarga fakair dari Palestin. Ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia 2 tahun. Tapi beliau dikurniakan seorang ibu yang tegas dalam mendidiknya. Ibunya gigih mendidik sehingga beliau berjaya menghafaz al quran pada usia 7 tahun. Dan ada sesetengah riwayat mengatakan pada usia 5 tahun. Kemudian beliau berguru dengan ulama terkenal sehingga mufti mekah mengizinkan beliau memberi fatwa pada usia 15 tahun".

Mashaallah, ibu yang sangat hebat! Kalaulah ibunya masih ada sekarang mahu saya tanyakan petua beliau mendidik imam shafie sehingga menjadi seorang yang sangat hebat !

Kisah imam shafie menjadi sumber inspirasi untuk saya dalam mengajar anak saya membaca al quran. Mungkin agak lambat saya perkenalkan bacaan al quran untuk siti aisyah. Tapi alhamdullilah, seusia 2 tahun siti aisyah dah kenal huruf jawi dari alif hingga ya. Dan sekarang, saya cuba perkenalkan huruf hijaiyyah baris atas, baris bawah dan baris depan. Kemudian saya akan buat kuiz. Dari 10 soalan , 4-5 jawapan yang diberikan betul.

Untuk umar aisy pula, semasa dodoikan dia tidur saya akan mengaji surah-surah pendek. Yang paling mengagumkan siti aisyah mampu ikut saya baca al fatihah. Ya allah, otak kanak-kanak mudah cepat untuk menyerap sesuatu ilmu, sesuatu yang dia dengari, sesuatu yang diajar! Di hari minggu saya akan mengajar umar aisy huruf jawi menggunakan flash card!

Itu cara saya...kadangkala siti aisyah hilang fokus sebab silap saya sendiri. Sebelum ini saya dedahkan dia dengan lagu kanak-kanak, lagu jiwang-jiwang, lagu nasyid, games. Walhal dari pembacaan saya , semua yang saya cakapkan tadi tak diperlukan untuk anak-anak. Biar dia fokus kepada satu perkara sahaja. Sepatutnya saya kenalkan dengan muqaddam, al quran tapi tidak, saya mengajar dia 123, ABC , Alif Ba Taa. Dia dah kenal semua angka dan huruf pada usia 2 tahun. Masa itu, punyalah berbangga dengan anak sendiri sebabnya bagi kami tak padan dengan usia semua dah pandai!

Jadi saya tebus balik kesalahan saya. Untuk umar aisy saya sudah perkenalkan surah-surah pendek untuknya!


Muqaddam untuk siti aisyah!



Satu langkahnya saya belikan dvd 30 juzuk. Kawan saya sarankan supaya pasang bacaan alquran semasa dia bermain. Jadinya saya praktikkan untuk anak saya. Semasa tidur pun saya pasangkan dengan kadar yang perlahan. Sebab saya yakin bila dia selalu mendengar, otaknya menangkap dan dia kan ingat. Sama juga kaedah saya mengajar siti aisyah mengenal huruf. Saya sabar  mengajar walaupun kadang-kadang dia entah kemana. Dia tak sebut tapi dia tengok dan dengar. Itu yang bila dia mampu sebut satu persatu, dan mengenal huruf saya kagum! rupanya dalam diam dia ingat dan menghafaz.



notakaki : ABC, 123 orang yahudi pun boleh ajar

Wednesday, March 26, 2014

Mujarabnya Amalan As Sunnah



Alhamdullilah

Kedua-dua anak saya tidak demam selepas balik dari main air di water world icity. Dengan keadaan panas terik, dengan siti aisyah yang lemas berpuluh-puluh kali, merisaukan hati saya seorang ibu. Risau seandainya kedua-dua anak syurga tak mampu melawan askar-askar jahat yang selalu mencari peluang untuk menguji ketahahanan sistem badan mereka.

Saya perasan malam tersebut, hidung siti aisyah berair. Maknanya dia kena selsema. Lalu saya suapkan habbatusauda, madu, vco dan air zam-zam. Umar aisy pula , saya breatfeed je banyak-banyak.

Pagi esoknya, terus saya pegang dahi siti aisyah, umar aisy...alhamdullilah, badan mereka tak panas.

Balik dari keje terus terpa ke arah siti aisyah, tengok hidung nya kering. Mak saya cakap tak selsema pun!



*notakaki : cubalah guna..insyaallah..dengan izin Allah

Diploma Penyusuan

Ahamdullilah

Umar Aisy hampir mencecah ke 6 bulan. Maksudnya hampir sempurna penyusuan saya di peringkat diploma. Namun perjalanan Umar Aisy masih jauh. Masih lagi perlukan kekuatan, semangat , sokongan dari suami saya untuk meneruskan penyusuan hingga ke dua tahun. 

Insyaallah. 

Allah masih lagi mengizinkan dan memberikan rezeki untuk umar aisy. Rezeki makan dan minum yang mampu jadikan ubat untuk umar aisy membina antibodinya dengan lebih kuat.  

Masa dalam pantang , saya dah mula kumpul stok susu. Target dalam sehari dapat 5oz yakni satu botol. Bersemangat saya bangun pump pukul 2-3 pagi selepas menyususkan umar aisy. Ikrar saya, saya tak mahu kecundang di tengah jalan. Penyusuan siti aisyah yang hanya setahun 4 bulan banyak mengajar saya. Banyak bagi teladan untuk saya.

Masa pantangkan siti aisyah, susu saya pun melimpah ruah juga. Cumanya saya tak tahu macamana nak travelkan ebm ke kajang. Sebab saya takde ilmu masa itu. Langsung tak buat stok. Tapi berlainan dengan umar aisy. Masuk je keje, stok ada lebih kurang 300 oz. Alhamdullillah..syukur ya Allah! 

Saya tahu ada ibu yang tak mampu menyusukan anak atas sebab-sebab tertentu. Ada sesetengah ibu yang malas nak pump. Tapi susu ada. Macam kerugian di situ pabila Allah dah berikan rezeki untuk menyusu tapi kita tak gunakan sebaik mungkin. Jadi rajin-rajinkalan diri untuk mengepam. Selalu buat power pumping. Memang agak meletihkan sebab kena bangun pagi nak mengepam sementelah kita pun tak cukup tidur sebab asyik bangun dan menyusukan anak. Tapi itu adalah satu usaha dan boleh mempertingkatkan kuantiti susu. 

Kadangkala , ada juga masanya susu kita merundum. Tapi semangat je yang penting. Macam saya pun masa bercerai susu dengan siti aisyah, seribu satu perasaan. Sukar nak diungkapkan apabila saya tak mampu menyusukannya sampai dua tahun. Saya redha, mungkin rezeki anak saya setakat itu.



Alhamdullilah

Ini stok umar aisy setakat hari ini. Kami terpaksa membeli deep frezer disebabkan peti yang tersedia ada tak mampu menampung kauntitinya. Mula-mula nak cari deep freezer yang second tapi kebanyakkan yang saya jumpa harga lebih kurang yang baru. Topup dalam rm100 dah dapat yang baru. Jadi kami ambil keputusan untuk beli yang baru. Kami beli deep frezer jenama elba 130 liter RM630.


Susu yang telah disukat 3oz sebotol. Sehari umar aisy minum dalam 18oz. Biasanya sehari saya pump 3 kali sehari. Dapat la 25oz sehari. Sebenarnya tak kisahlah berapa yang kita dapat asalkan cukup untuknya. Dan semoga penyusuan sampai tempoh 2 tahun lamanya. Ameen.



notakaki: gigih kumpul stok untuk bulan puasa nanti. 

Monday, March 24, 2014

Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul Putrajaya

Alhamdullilah.


kami sempat menjengah ke sana. Tapi pergi tak lama. Duk pun belakang-belakang je. Penat sebab parking jauh dengan mendukung dua orang anak lagi. Mula-mula semangat melangkah, sampai kat tengah jambatan saya dah pancit!



notakaki: lagi selesa masa kat dataran merdeka.

Santai : Water World I-City Shah Alam

Alhamdullilah

Minggu lepas berjimba dan bersantai dio water world i city shah alam. Memang tak rancang untuk berjalan sebenarnya. Mujur ada seorang kawan yang baik hati telah memberikan 9 keping tiket free ke sana. Apa lagi, dah ada peluang rembat je la dengan jutaan terima kasih. Kawan pun dapat sebab dia redeem banyaakkkk tiket dengan utusan. Kalau mahu beli 9 keping dengan harga rm35 sekepala , gulp...telan air luir dengan kepahitan la gamaknya!

Sebelum bertolak, awal-awal kami dah siap-siap makan nasi lemak yang siap-siap dimasak dirumah. Maklumlah , kalau ke water park tak kira water park mana pun makanan tak dibenarkan bawa masuk. Makanan kat dalam pun faham-faham je la harganya macamana, sekepal nasi kelamk dah rm5.50.

Alhamdullilah , parking senang. tapi berbayar.. lebih kurang sejam rm2. 


Tak banyak pun ambil gambar. Maklumlah saya ni ada anak kecik. Nak mandi-mandi dengan senang hati pun susah. Nak tidonya ke main payah, melalak tak hengat dunia. semua orang duk pandang-pandang, Malu aih..umar aisy ni macam kena dera dah nangisnya. Mengamuk nak main air tapi mata mengantuk!


Siti Aisyah dah memang kegilaanya main air. Tak mahu dipegang. Nak main sendiri. Sudahnya kelemasan. Berpuluh-puluh kali lemas tapi selambanya menyelamatkan diri tanpa bantuan! Seronok main sampaikan nangis-nangis tak nak balik! 


 Baru lepas bangun tido. Dengan bangga dapat main air. Tak mahu pakai pelampung.


Kami berempat.


Antara tips dari saya untuk ke Water World Icity.

1. Bawa makanan dari rumah

Kalau berdua boleh aje beli kat sana atau pun ada duit lebih. Macam saya ni terpaksa la berjimat sikit dah 9 perut yg pergi. Kat sana makanan dan minuman sangat mahal sebab tu kami makan dari rumah siap-siap. Satu tin air gas yang kecil tu harga rm4. Mineral water yang kecil pun rm4. Nasi lemak satu genggam rm5.50. Jadi, pandai-pandailah seludup masuk makanan. Letak makanan dalam bungkusan pakaian. Macam saya , saya cuma bawak nasi untuk siti aisyah dan air masak serta keropok. Masa nak masuk, buat selamba je, jangan panik sebab diorang tengok macam tu je. Takde la selongkar bagai! bukan nak menipu tapi menjimatkan ekonomi seisi rumah

2. Sunblock

Dengan cuaca yang panas terik elok la pakai sunnblock ni. Padahal kami tak plak pakainya. Hasilnya, dah macam udang bakar.


muka  macam kena penampar 14 kali..

3. Tikar / payung / stroller

Sedihnya kat water world ni, tempat duduk amat terhad. Tak sesuai untuk kanak-kanak dan bayi untuk beristirihat, untuk tido.Takde tempat duduk yang ala-ala rumah kampung gitu. Yang boleh buat tempat berteduh. Sudahnya, bawah pokok yang kurang rendang itulah kami berteduh dari panas.

4. Empat orang dewasa

abi aisy aisyah naik tornado. best katanya. saya takde la naik sebab umar aisy. kang ibu tengah seronok main air , anak duk menjerit tak hengat dunia, Nanya. Nak naik tornado kena ada 4 orang dewasa. Jadi cukupkan kuota baru boleh naik.

5. Pembelian tiket secara online

ada yang kata lagi murah. Eh, ye ke...sebabnya saya dapat free kan!



*notakaki : seronok dapat bercuti dengan anak-anak ni!

Wednesday, March 19, 2014

"ABIYA" Panggilnya

Seusai saya melahirkan zuriat pertama siti aisyah, kami mula berkira-kira apa panggilan sesuai untuk saya dan suami saya. Semasa mengandung kami berdua tak pernah berbincang pasal ini termasuk nama anak. Cumanya nama anak-anak memang pilihan saya. Eh, saya yang beranak kan ! hukhuk..(tersedak)

Bila siti aisyah dilahirkan , saya pun tanya nak panggil apa ni. Jawabnya ntah..Nampak tak disitu dia pun malu-malu nak bagitau. Walhal saya sendiri dapat rasa suami saya pun ada pilihan mahu panggil apa. Bila dah teragak-agak saya pun cakap "ibu dan abi". Dia mengangguk!

'Umi' pun best. Tapi disebabkan belah suami saya, anak-anak ipar duai panggil umi jadi saya tak mahu. Sebabnya saya tak mahu , apabila anak  memanggil 'umi'..kesemua 'umi' berpaling. Sebenarnya itu yang terjadi. Saya panggil mak saya 'mek' dan nenek saya belah mak saya pun 'mek'. Bila dipanggil kedua-dua berpaling. Akhirnya kami panggil nenek kami ' mek ayoh' untuk mengelakkan kekeliruan. 



Dijadikan cerita,saya pergi checkup mengandungkan umar aisy di klinik sg chua kajang. Ada anak pasangan arab yang menarik perhatian saya. Sangat comel anak perempuan mereka. Ibunya juga seperti saya datang checkup pregnant. Bila ibunya masuk bila jumpa nurse, anaknya kat luar menjerit-jerit ketuk pintu. " Ya mama , Ya mama "! 

Indah sungguh panggilan 'ya' di telinga saya. Sangat indah ...Mashaallah ! Hati saya terdetik, alangkah indahnya kalau siti aisyah panggil kami seperti itu. ' Ya Ibu , Ya Abi'. Tapi ketika itu siti aisyah masih belum boleh bercakap. Masih belum boleh panggil ibu dan abi.

Bila siti aisyah dapat bercakap , dia panggil abinya " Abiya , Abiya'. Tapi ada ketikanya dipanggil 'Abi'. Mana ntah dia belajar saya pun tak pasti. Saya mencari puncanya walhal kami ajarnya panggil abi dan tika itulah saya teringat kisah di klinik tersebut.Tuhan Maha Kaya, mungkin DIA dengar apa yang saya minta, apa yang harapkan, apa yang terdetik dalam hati saya. 

Saya cakap dengan siti aisyah ' kalau ibu tau dari dulu lagi ibu suruh kakak panggil abuya!". Sejuk telinga bila dia panggil 'abiyaaa , abiyaaa'. Sekarang dah sinonim dah..dah melekat abiya. Sampaikan saya sendiri, abinya dan seluruh keluarga kami pun panggil abiya!


notakaki: hebatnya seorang ibu!

Kelambu Moden & Ubat Nyamuk Alami

Trend jangkitan demam denggi yang menular di negara kita membuatkan saya susah hati. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu panas dan sejuk berpanjangan. Sangat risau tambahan bila ada anak kecil. Risau takut deman, selsema dan batuk. Maklumlah antibodi anak belum kuat.

Sekarang ni pulak musim nyamuk. Nyamuk pun kemain pakat kerah bala tenteranya masuk rumah. Mencari dan meminta darah kita. Macam pesta. Darah kita ok la tapi darah anak kita yang tak ok. Maklumlah, kulit ibu ngan abi ni dah liat. Gigit banyak mana pun takpe. 

Jadi kami gunakan kelambu moden sebangai perisai. Bentuknya macam khemah dan tak menggunakan tali langsung. Siap dengan zip lagi. Mudah dipasang dan dilipat.

 

Takde lah siti aisyah dan umar aisy merengek-rengek. Tak lena tidur dek gangguan nyamuk. 


Umar aisy plak jenis kulit sensitif. Itu pipi kena gigit nyamuk. Macam comel je warna merah. Tapi sangat kesian. Sampaikan ramai yang menegur ! Owh, saya bukan ibu yang kejam :(


Paling tak tahan tinggal parut hitam. Sangat tidak hensem di situ!




Ini adalah cara alami untuk menghalau nyamuk. Bunga cengkih dicucuk pada lemon. Tapi saya belum buat pun lagi. Nak juga mencuba. Nanti la suh abi aisy aisyah belikan lemon. Saya nak tengok kemujarabannya! Tak perlulah nak gunakan ubat nyamuk, semburan serangga, kita gunakan secara semulajadi. Lebih ekonomi dan selamat.


notakaki: tapi tetap kena gigit sebab siti aisyah suka buka tutup kelambu...nyamuk ni pantang ada peluang!

Tuesday, March 18, 2014

Air Zam-Zam, Madu, Habbatusauda Dan VCO

Sejak saya masuk group natural remedies, banyak yang saya pelajari tentang cara merawat penyakit secara semulajadi. Jadi untuk mengekalkan imun anak-anak saya, saya amalkan pemakanan sunnah seperti air zam-zam, madu dan habbatusauda. Cumanya saya tambah VCO (minyak kelapa dara organik) yang saya beli di cosway dengan harga rm39.90. Ia bukan berbentuk kapsul tapi dalam bentuk cecair.

Pernah taska satu survey untuk siti aisyah. Taska ni memang mendapat tempat di hati saya. Cumanya jodoh siti aisyah dengan taska tu takde sebabnya tiada kekosongan untuk bayi sebesar umar aisy. Apa yang menariknya taska ini memberikan VCO satu sudu sehari untuk para kanak-kanak dan scoot emulsion. Scoot emulsion memang saya tak bagi untuk anak saya. Sebab saya lebih percayakan amalan sunnah tadi.

Alhamdullilah, ia banyak membantu siti aisyah dalam menjaga kesihatan, mengekalkan imunisasi lebih-lebih lagi ketika itu siti aisyah berada kat taska. Dia jarang dapat sakit, demam, selsema, batuk. Pernah tikanya negara kita dilanda jerebu. Siti aisyah dapat selsema dan batuk. Kami bagi VCO, madu. Berkesan. Sama juga dengan demamnya. Saya sapu kepalanya dengan air zam-zam sambil baca al fatihah.

Saya menolak penggunaan ubatan moden yang ada drug. Teringat lagi ketika siti aisyah demam. Masa tu, dia masih breastfeed. Saya minum ubat demam tu dan breastfeednya dengan harapan susu yang dihisapnya akan menyalurkan ubat demam yang saya makan tadi. Terus pening lalat dan akhirnya kami lena. Lalok barangkali. Masa itu saya terfikir, kuat jugak ubat demam ni. Sampaikan saya sendiri pun tidur mati! Saya bukan menolak sepenuhnya penggunaan ubatan moden tapi kena tengok situasi. Kalau demam melebihi 3 hari, bolehlah bawa ke klinik, jumpa doktor dan makan ubat!

Cara makan

- habbatusauda, 7 biji sehari. Untuk hasil terbaik, dikunyah untuk mengeluarkan air. Tapi tak tahu la siti aisyah telan ke kunyah. Tapi gerak mulunya mengatakan dia kunyak habbatusauda tersebut.
- air zam zam satu sudu
- VCO satu sudu
-Madu satu sudu


* notakaki : moga-moga sistem pertahanan badan makin kuat! Jangan mudah dibolosi oleh musuh...

Selamatkah Guna Baby Carrier

Sejak join group Malaysian Babywearers, saya dah jatuh cinta dengan ssc. Hari-hari duk manatap mananya tak jatuh cinta!

Sebenarnya masa siti aisyah lagi kami dah beli baby carrier sweet cherry. Itu pun pun dah teruja sesangat la. Kononnya senang nak bawak siti aisyah jalan. Dan kebetulannya siti aisyah ni anti stroller. Tak mahu duduk dalam stroller nak jugak berkepit bawah ketiak ibunya!

Tapi bila pakai lama-lama , crotch carrier  ni akan buatkan kita sakit bahu, sakit pinggang. Sebab crotch carrier ni tak support dan rasa macam baby nak jatuh je. Baby pun tergantung sebab takde sokongan untuk bahagian punggungnya. Sampaikan abi aisy aisyah rela dukung dari gunakan baby carrier. 


Ini beza kedudukan baby dalam crotch carrier dan ssc.Sepatutnya kaki baby berbentuk M bukannya tergantung.


Baby carrier sweet cherry yang aku beli dulu.

Jadi bila saya join group babywearing ni, teruja sesangat nak pakai ssc. Pergi je mana-mana jumpa ibu yang berwearing ni rasa macam nak bagi salam pastu nak cakap " boleh tak saya nak cuba ssc ni"...hahahaha. nak join gathering pun banyak yang dah terlepas. nak sewa pulak rasanya malas nak pos bagai kecuali dekat-dekat dengan area umah saya ok jugak. terus pegi amik.

Minggu lepas , saya ke soho bazaar di Bangi Gateway. Tujuan utamanya nak cuba test drive ssc je. Tak beli pun, tunggu kumpul dana , cukup baru boleh rembat. Saya ke sana dan ke booth BabyUltra, cuba baby carier Snuggbaby. Memang best sangat-sangat!

Bila pakai tak rasa macam kita kendong baby. Tak rasa beban. Tak rasa berat. Tak rasa sakit pinggang. Tak rasa lenguh-lenguh bahu. Dan menguatkan lagi nafsu untuk membeli. Awesome sangat-sangat! Itu baru satu yang saya cuba. Kalau cuba pelbagai carrier tak tahu la macamana gayanya! 



Kedai BabyUltra ni akan berpindah ke Bangi Gateway pada awal bulan April. Jadi bolehlah terjah ye dan boleh la ke sana nak cuba carrier!


* notakaki : balik rumah cerita kat abi aisy aisyah.. senyap je! memang orang lelaki tak teruja eh pasal babywearing ni.

Monday, March 17, 2014

Jom Main Playdough.

Hujung minggu macam biasalah saya menghabiskan masa dengan anak-anak. macam tu la adat seorang ibu yang bekerja kan. kalau waktu bekerja masa dengan anak serasa begitu singkat. pukul 7 pagi ke ofis dan kul 6 petang sampai umah. jadi masa dengan anak-anak begitu terhad.

jadi hujung minggu lepas , saya merangka untuk buat homemade playdough.

bahan-bahan
2 tepung cawan
2 cawan air
1 cawan garam
1/2 cawan minyak masak
pewarna makanan

campur semua bahan dan uli sampai ia tak melekat. tapi sayang ibunya memang tak reti buat menda alah ni. skill ibunya bukan untuk memasak yer. jadi abinya lah yang amik alih uli sampai jadi!




Kenapa saya buat sendiri playdough sebab lebih jimat.  Lagipun kalau buat sendiri ia lebih selamat dan tidak ada bahan toksin atau beracun. Ia tahan selama 2-3 hari sahaja dan harus simpan dalam bekas kedap udara. Jadi tak perlu risau kalau anak-anak termakan ke apa!


* notakaki :  sangat seronok. asyik ajak abinya main.

Thursday, March 13, 2014

Wednesday, March 12, 2014

Suamiku Bukan Seorang Romantik.




cinta orang lama katakan tapi segarnya masih terasa. alhamdullilah..tak semestinya romantik itu kena memberi hadiah, ucapan. cukuplah sekadar bimbingan, didikan, disayangi dan dihargai.


notakaki : eh, masuk labor room teman bini bersalin romantik apa..

Tuesday, March 11, 2014

Hujung Minggu Penuh Aktiviti

Kadangkala dihujung minggu kami bersantai dirumah sahaja. ok, tipu! pagi kami kat rumah dan petang bila cuaca agak mendung baru kami keluar. tu pun tak kemana sekadar pasar malam, tesco , giant. asal dapat memuaskan hati anak dara siti aisyah. umar aisy macam biasa, dapat keluar ke main seronok tapi bila dah keluar merengek nak tido.

budak kan!

kolam kecil tempat umar aisy bermain dengan bola-bola kecil. tapi siti aisyah bawak keluar dan letak dalam kolamnya. jadi ada dua kolam, satu untuk tempat main air ,berenang kuak lentang, kuak rama-rama, terjunan gaya bebas. satu kolam lagi untuk kolam bola kecil ini lah... tapi penat mengutip bola yang menghilangkan diri serata tempat !



bahagia sungguh dapat bermain air di kala musim kemarau !

bercadang nak hantar kelas renang. survey-survey kat putrajaya ada. rm120 untuk 4 sesi. dah berbincang dengan abi aisyaisyah tapi dia senyap saje. senyap tu tanda tak setuju la ... xpe lah, biar je mereka tak pandai berenang macam ibu mereka ni !


pagi-pagi dah ajak main kat luar. belum mandi lagi ni tapi umar aisy macam biasa bangun pagi memang kena mandi! jenuh nak disiplinkan siti aisyah...bangun pagi kena mandi, gosok gigi, breakfast baru boleh main! kalau dipaksa kang mengamuk. ajak lembut-lembut nanti katanya.."se..se" pastu lari keluar. ibunya yang berhati tisu terus biarkan...


tempat bermain anak-anak. rumah takde la besar gedabak tapi ada la ruang sedikit untuk saya buatkan sudut diorang bermain. nak buat dalam bilik, ketiga-tiga bilik dah penuh.  jadi saya buat kat ruang tamu dan satu lagi tempat parking kereta. jadi diorang ada dua tempat bermain. ala-ala outdoor dan indoor gitu!


notakaki : rumah bersepah adalah ' terapi minda' untuk saya dan saya akan tunggu mood rajin datang baru saya akan kemas !

Permainan Aktif Untuk Kanak-Kanak


saya beli mainan bola keranjang untuk siti aisyah dengan harga rm10 dekat giant. dekat tesco rm50. bagi saya mahal cukuplah sekadar mainan yang murah dan sederhana. almaklumla kan , mainnya sekejap je. sekarang ni pun dia dah kurang nak main mainan dia,. pegi mana-mana pun dia dah tak endah pasal mainan.

yang dia tahu berlari sana sini sambil menjerit-jerit. pantang tengok mainan yang berpusing-pusing kat mall mesti nak  naik. terpaksa la abi ngan ibu sediakan syiling!

bagi saya bola keranjang ini pun bagus untuk merangsang perkembangan minda anak.  boleh meningkatkan tahap kemahiran ingin mencuba.

yea, siti aisyah cuba sebaik mungkin untuk baling bola tapi bukan baling tapi berdiri dan cuba masukkan bola. memang tak dapat la. masih berusaha dan tak putus asa.

akhirnya penat usaha " kusi...kusi "..berlari-lari ambil kerusi.. memang sah-sah la bola tu masuk! 

aduyai anak...beginilah jadinya bila sel-sel otak berkembang!


notakaki: asal main bola je mesti gollll !

Monday, March 10, 2014

Gateway Bangi Shopping Complex

Kebiasaan hari minggu, kami akan bawak anak jalan-jalan. bunyi jalan-jalan tu macam menarik je kan. walhal tempat kami pegi dekat-dekat je pun. tapu cukuplah sekadar hiburan dan bersantai bersama family selepas penat bekerja 5 hari lamanya.

Siti aisyah asal weekend je ajak g jalan. "Jom..jom". 
"kakak nak g mana"..jawabnya " co..co, aiant..."

nampak tak disitu ibu dan abinya cuma bawak dia g tesco ataupun giant. 

minggu lepas bersantai la kami di gateway bangi. tempatnya agak menarik. tapi baru dibuka dan masih banyak lagi lot2 yang kosong. ada syurga kanak-kanak (tempat mainan), syurga wanita (fashionista) , syurga ibu (kedai2 bayi) ...



ruang santai. ada karom, ada chess dan ada litar kereta.


sumber: google

ruang legar yang agak besar . rekabentuknya moden. kat ruang legar ni xde aircond ye sebab ia terbuka dan hanya ada angin-angin sepoi bahasa.



notakaki: booth-booth dibuka untuk peniaga kecil. dapatlah menolong orang-orang kita cari duit. buat tabung masa depan!

PrayForMH370



Ya Allah,

Sesungguhnya yang di langit dan di bumi ini milikMU.
Apa yang berlaku adalah ketentuanMU.

Kami mohon kasih sayangMU Ya Robbi,

Berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang2 MH370 yang sedang dalam kesedihan dan kedukacitaan.
Berikanlah sebarang tanda untuk pesawat dan mudahkanlah untuk menemuinya.
Hanya kepadaMU kami berserah
Hanya kepadaMU kami mohon pertolongan..

Amin

(Dato'Tuan Ibrahim bin Tuan Man)


notakaki: amin..amin...

sedang menunggu perkembangan semasa..

Friday, March 7, 2014

Sebalik Nama




1. Aynur Aisyah. - 

Aynur - cahayamata 
Aisyah - kebahagiaan


Saya berkenan dengan nama aisyah sebabnya itu nama isteri rasululah. kagum dengan sifat, sikapnya. seorang isteri yang bijak, pendorong suami tika dalam kesusahan. Kehidupan aisyah penuh dengan kemuliaan, kezuhudan dan pengabadian terhadap rasulullah. 



2. Umar Aisy

Umar - yang memakmurkan
Aisy - mewah , kaya raya

Nama umar bersempena dengan nama Umar Al Khattab. Kagum dengan semangatnya dalam menegakkan agama islam , keberaniannya. seorang khalifah yang terkenal dalam mentaati segala amalan rasullullah. Memberikan jiwanya untuk DIA.

tapi pemilihan nama umar timbul sedikit kontroversi. abi aisy aisyah tak berkenan nama umar. ibunya sejak dari awal lagi dah merangka-rangka nama. saya bagi dua pilihan samada ' umar atau nuh'. akhirnya abi aisy aisyah mengalah... karang tak letak nama umar nangis la anak! 

saya kurang suka nama moden dan extravanganza ni. nama yang meletop-letop memang tak mendapat di hati saya. kebiasaannya bila saya mengandung, saya akan google pasal kisah nabi dan para sahabat. saya baca sambil lewa sebab tujuan utama untuk mencari nama-nama dalam kisah tersebut.

tu yang melekat nama aisyah, umar!

teringat oarng-orang tua dulu, bila dapat cahayamata je terus belek kitab, baca Quran sebab nak cari nama untuk anak. bahasa arab sungguh indah. kadang-kadang kita nak nama anak moden tapi versi mat salleh gitu.

ishak - isaac

ada saya baca boleh je nama dalam bahasa apa-apa janji maksudnya baik dan elok. tapi ada yang kata kenapa nak rosakkan tatabahasanya. 

contoh.

sebiji piala seorang kambing sepatutnya sebuah piala seekor kambing.

jadi saya ambil pendekatan ambil nama yang mudah dipanggil. kira letak nama yang akan dipanggil hari-hari bukan nama samaran. saya sentiasa ajar diri sendiri untuk panggil anak dengan nama penuh.


notakaki : nak, kamu berdua lahir dari rahim yang sama. ibu kandung kamu selama 9 bulan. ibu kuat hari ini , esok dan untuk hari-hari yang mendatang kerna kamu berdua. 

aynur aisyah, contohilah akhlak dan sifat peribadi siti aisyah. seorang isteri yang tabah, berani dan kuat. 

umar aisy, contohilah keperibadian umar al khattab. mungkin kamu takkan jadi sehebat umar al khattab tapi buatlah ibu kagum dengan kamu.

Thursday, March 6, 2014

Ibu Dengan 2 Anak




Bekerjaya dengan dua orang anak bukan perkara yang mudah.

Uruskan dua orang anak juga bukan perkara senang.

Dua-dua perlukan perhatian. Kasih sayang.

Rasanya penat tapi itulah dalam bab anak semangat dan power ibu memang dahsyat. Tak kenal erti letih dan lelah.

Ada yang kata bekerja dan menguruskan anak lagi penat dari jadi surirumah. Sebab semua kena pulun. Bebanan di tempat kerja dan kerja-kerja di rumah yang terbengkalai.

Tapi itulah, penat tapi seronok.

Seronok tengok anak membesar. Seronok tengok keletah mereka. Seronok tengok ragam mereka.

Saya masih lagi belajar erti kesabaran. banyak lagi yang saya kena perbaiki. kadang-kadang saya boleh menarik nafas dalam-dalam bagi meredakan kesabaran. kadang-kadang saya masih boleh lagi tutup mata dan pekakkan telinga bila anak meragam.

tapi kadang-kadang tahap sabar saya ke laut. mulalah saya jadi singa betina dengan ngauman satu taman boleh dengar. baru ber anak dua ok. bukan tiga atau empat!

saya cuba praktikkan kaedah mendidik anak cara rasullullah. alhamdullilah , saya diberikan kawan yang kongsi tip setiap hari di fb. saya kutip ilmu, saya simpan dalam memori saya dan saya cuba terapkan kepada anak saya.

alhamdullilah, kadangkala menjadi. tersenyum simpul siti aisyah bila dipuji. 

tapi bila tak berkesan mulalah ibunya bertukar menjadi singa betina !


notakaki: anak-anak adalah 'cikgu sabar' yang terbaik.

Kisah Mengurut

1. mengurut selepas setahun berkahwin.

biasalah manusia yang tak pernah bersyukur..kuikui. rasanya setahun belum pregnant macam lama je. macam tak sabar je. macam hari ini kawin esok terus mengandung dan lusanya terus beranak. itulah saya tak menyabar dalam mendapatkan zuriat. tapi lama-kelamaan saya dah tak kisah. bagi saya ada lah sebabnya tuhan tak kurniakan anak dengan cepat sampaikan kena tunggu setahun baru nak melekat. walhal setahun xde la lama sangat tapi pertanyaan orang tu sukar nak tepis. kadang-kadang senyum je.

saya mengurut bila setahun kawin. katanya peranakan saya senget. mengurut tu best dan tak sakit. enak sangat tapi balik rumah baru terasa bisa tangan si tukang urut.dan alhamdullilah, pada bulan tu jugak saya disahkan mengandung.

itu cite saya., mungkin saya serasi dengan tukang urut tersebut. mungkin siapa-siapa yang nak mencuba boleh je. rezeki masing-masing. doa dan tawakkal. tuhan tak menjanjikan orang yang kawin dikurniakan anak.

ni no nek yong tukang urut 0124819795. rumahnya dekat putrajaya.

2. mengurut peranakan bengkak.

saya menderita sakit perut berpanjangan selama 3 bulan. saya jenis yang tak suka ke klinik. jadi saya tahan. habis je haid saya akan sakit perut sampai tak boleh bangun. akhirnya saya mengalah bila saya hampir pitam sebab terlampau sakit. doktor kata air kencing saya kotor. bagi ubat antibiotik dan katanya tak boleh menyusu.

pasrah dalam kesedihan sebab saya tak nak bercerai susu lagi. tapi demi kesihatan saya akur. dan siti aisyah dengan sendiri berhenti menyusu. dan susu semakin berkurang dan akhirnya terus kering. sedih bila tempoh penyusuan sampai setahun lebih sahaja.

hakikatnya , antibiotik tu saya makan tak habis pun sebab tak sanggup bercerai susu walaupun siti aisyah langsung tak merengek malam-malam. tapi rezeki untuk siti aisyah takat itu sahaja.

ubat itu langsung tak memberi kesan terhadap saya. bulan seterusnya prut saya tetap sakit.

akhirnya penghujung bulan november 2012 , saya balik mengurut. katanya peranakan saya bengkak sebab terlampau buat keje berat. tukang urut ni palingggggg best. dan saya suka sangat-sangat.

akhirnya bulan februari 2013, saya disahkan mengandung anak kedua!

3. mengurut sebab badan terasa lemah.

saya balik kampung raya cina tahun ni, saya mengurut. sebab saja suka-suka. hahaha. best jugak tapi saya lagi suka tukang urut yang no 2.

sedang asyik mengurut, saya cakap dengan tukang urut " ni ngurut tiba-tiba melekat lagi. dua-dua anak melekat selepas mengurut"

jawapan tukang urut " selepas mengurut jangan bersama sebab urat-urat tengah kembang jadi cepat la melekat".


notakaki : salah satu tip untuk hamil selepas mengurut malam tu, silalah bersama suami. biasanya mengurut akan ambil masa 3 hari. jadi bersamalah suami sepanjang 3 hari tersebut.

Wednesday, March 5, 2014

Aisy Aisyah




Aynur Aisyah
3 kg
28.10.2011 bersamaan 1 zulhijah


Umar Aisy
3.3 kg
06.10.2013 bersamaan 1 zulhijah

Kelahiran Umar Aisy



umar aisy dah cecah 5 bulan..dan aynur aisyah 2 tahun 5 bulan. maknanya saya dah ada 2 orang anak. dua orang anak yang sangat hebat pada kaca mata seorang ibu.

umar aisy due 12.10.2013 tapi terkeluar awal seminggu.

alhamdullilah, dipermudahkan urusan untuk bersalin kedua kalinya.

5.00 ptg - pecah ketuban
8.00 mlm - ke hospital. bukaan 3 cm.
10.30 mlm - beranak.

pergi hospital tanpa rasa sakit. ehs, tak pelik namanya! gitu la. tak sakit... 3 kali contraction terus beranak.

ya , allah..

sampaikan misi cakap " saya rasa arini awak yg paling mudah beranak. ada baca surah pape ker?"

dan saya terus tersenyum!


* notakaki : umar aisy terus diletakkan atas dada saya sebaik sahaja dia dilahirkan!