Tuesday, May 27, 2014

Sepetang Di Jom Heboh Putrajaya





Seronok berbabywearing di tengah kesesakan orang ramai. Tak perlu untuk bersusah payah menolak stroller, dukung dengan tangan sampai lenguh. 

Memang sesetengah harga ssc , wrap agak mahal tapi masih ada lagi yang mampu milik seperti cuddle me , snuggbaby, patapum, neezanedles.


notakaki : 6ixth sense tengah melalak, elok je umar aisy tido

Monday, May 26, 2014

Trial Class - Excel Qhalif Playgroup

Sabtu lepas siti aisyah ke kelas percubaan Excel Qhalif Playgroup.




Alhamdullillah 

Dia sangat seronok. Tapi saya terperasan kalau aktiviti lasak, nyanyi-nyanyi, gunting-gunting dia suka. Kalau aktiviti mewarna dia tak berapa berminat " ibu la kaler". 


notakaki : nak try playgroup yang lain pula

Thursday, May 22, 2014

Wednesday, May 21, 2014

EmeiBaby & Jumpsac Carrier


1. Emeibaby - Gabungan dari ssc, wrap dan ring sling.


2. Jumpsac Carrier


notakaki : dunia babywearing..

Monday, May 19, 2014

DIY Shawl Labuh Twist


shawl twist ni ala-ala tudung ariani. Cumanya yang ariani ada awning. Saya guna kain panjangnya 2 meter. 1 meter chiffon kosong dan 1 meter yang bercorak.


Siap.

Cara pakainya, yang tengah tu ke depan. Jadi amatlah selesa sebab labuh menutupi dada.




notakaki : seronok menjahit shawl

Mamma-Mia Coconut Ice Cream


yummy...yummy!!


notakaki : ice cream itu sejuk.

Friday, May 16, 2014

Cara Merawat Batuk Berkahak

Hari wesak yang lepas Umar Aisy batuk berkahak. Gara-gara jangkitan virus demam dari babysitternya. Mujurnya dia tak demam dan masih aktif cumanya dia merengek-rengek sebab susah nak bernafas.

Alahai anak...

Terdengar nafasnya ada sedikit kahak dan dadanya berombak. Kesian..Batuk-batuk dan uweekkk..mungkin kahaknya berlegar dan ditelannya.

Akhirnya saya buatkan garlic oil. Saya lumurkan dada, belakang , betis dan tapak kaki. Boleh katakan seluruh badan.



Alhamdullilah..

Esoknya umar aisy terus sembuh. Kebetulan saya pun ambil mc sebab nak jaganya takut-takut menyusahkan babysitter. Maklumlah kita dengn babysitter perlu ada kerjasama dan tolenrasi. Jangan anak sakit kita hantar juga ke taska atau ke rumah babysitter.

Tahu kita kena keje. Tak boleh selalu cuti. Tapi anak lagi penting dari kerja ok. Kalau nyawa anak melayang, baru nak tergadah.Mula nak menyalahkan satu sama lain. Ada yang kata saya redha, ada yang kata babysitter tak amanah!


*notakaki : esok2 kalau kita tua, kompeni tak jaga kita ye.. 

Monday, May 12, 2014

Jom Beli Handsock Lace



Pilih yang mana berkenan. 

Whatsapp ke 0179018006.

Baby Carrier Yang Selamat Untuk Anak.

Saya nak kongsi pengalaman pasal soft structure carrier (ssc).

Seperti yang entri lepas, ssc ni selamat untuk anak-anak salah satu sebabnya anak kita tak tergantung. Owh..boleh refer entri lepas.



1. Lenny lamb

SSC ni bagi saya sangat best. Lembut sangat dan selesa.


2. Ergo Baby

Pandangan peribadi, saya tak suka ergobaby. Sebab padding rasa keras. Terasa beban dekat pinggang


3. azur by didymos

Best rupanya wrap ni. Kiranya first time saya guna wrap ni selain boba wrap. Memang sedap. Padahal sebelum ini saya pandang sinis wrap. Sebab bagi saya wrap ni leceh sangat. Dengan panjang berjela... tapi bila pakai terus jatuh hati.


4. snuggbaby

Antara jenama tempatan yang best. Kiranya snuggbabylah yang pertama kali saya cuba sebelum saya beli Tula carrier. Bagi saya, snuggbaby lagi best dari ergo. 

Kalau yang budget kecil boleh beli snuggbaby carrier. Boleh tengok dekat website snuggbaby tapi kalau tengok online macam takde design yang menarik kan. Kata kawan saya, email je kak liza owner snuggbaby.  Nanti boleh discuss panjang dengan beliau. Katanya owner snuggbaby sangat friendly dan cepat reply email!


notakaki : kena kumpul dana lagi...

Friday, May 9, 2014

Lagi Borong Handsock Lace




Berminat dengan handsock lace yang super gojes dan sangat comfy..

wassap 0179018006


notakaki : blh dihadiahkan kepada ibu, cikgu, sahabat..jom menutup aurat dengan lebih sempurna

Wednesday, May 7, 2014

Edisi Balik Kampung

Alhamdullillah

Cuti 1 mei , kami ambil kesempatan untuk balik kampung. Rasanya macam dah lama tak balik kampung. Kali terakhir balik masa raya cina. Rindu sangat nak balik kampung sementelah kampung kami Kelantan kaya dengan makanan. 

Sungguh tak tipu, balik kampung je saya lebih suka beli makanan kat luar. Laksa, kuih muih, nasi belauk...sedap sangat!



Perjalanan ke rumah keluarga abi aisy aisyah . Dalam hutan ye. Malam-malam jalan ni memang sunyi sepi. Seram sikit. Macam cerita yang dengar. Kisah hantu, kisah bunuh...Tapi saya pernah drive sorang-sorang malam-malam ikut jalan ini. 


Ya Allah,

Bumi serambi Mekah sekarang panas sangat. Dengarnya sudah 4 bulan ketandusan hujan. Mula-mula Allah bagi cuaca yang sangat sejuk. Kemudian  Allah tarik bagi cuaca panas. Tapi Allah Maha Penyayang, tanaman orang kampung menjadi. Pokok buah-buahan semua menjadi. 

Abi aisy aisyah siap pesan musim buah nanti jangan bawak beg banyak sangat sebab nak sumbat pelbagai buah dalam bonet!


Rezeki kawan-kawan..