Wednesday, June 25, 2014

New Stock Handsock Lace


















rm10 / pcs
untuk borong pun boleh.

berminat: wassap 0179018006

Lebatnya Kurma Di Kota Bharu

Subhanallah

Pokok kurma sedang berbuah dengan lebat di Kelantan. Memang satu keajaiban sebab kurma hanya terdapat di negara Arab. Sebelum ni, ada yang pernah tanam pokok kurma tapi tak menjadi, tak berbuah. 

Saya sempat ke bulatan jam di kota bharu semata-mata ingin melihat pokok kurma. Sangat teruja. Teruja sesangat sebab dapat tengok buah kurma yang segar terus dari pokok. 

Dekat pasir pekan pun ada. Tengah berbunga.
Dekat Jeli pun ada. Hebat juga dengan buahnya
Dekat Bachok pun ada. Itulah kata mereka.






notakaki : dah jadi pusat pelancongan

Wednesday, June 11, 2014

Borong Inner Magic


wassap 0179018006

DIY Dress Frozen Untuk Anak

Demam frozen melanda anak dara saya, siti aisyah. Dah hafal mana satu elsa, mana anna..Ibunya pun belum tengok lagi tau. Jadi sekarang dah feeling -feeling princess aisyah. Saban hari mahu pakai dress, nyanyi-nyanyi let it go, pusing-pusing sambik pegang dress. Paling haru ajak ibu dengan abi sekali joget dengan dia.

Pernah satu petang kami ke pasar malam. Sekali dia terpandang baju tidur frozen terus dijeritnya. Let it go..let it go..kakak nak, kakak nak! Beli juga la kat dia sehelai. 

Bila dia dah kemaruk nak pakai dress , kesian la plak. sebab dress memang tak banyak, dan semua sudah ketat. Jadi nak mengembirakan hati seorang anak , saya pun gigih la ke kamdar beli kain, dan gigih menjahit walaupun memang saya bukan pandai menjahit.

Material

Baju kain satin 1meter rm 5.50
Kain glitter 1 meter rm 6.50

Total rm12. Sengaja cari kain yang murah sebabnya saya tak pandai jahit dan bakal menghancurkan kain-kain tersebut. Walhal plan saya lain. Mahu guna kain net, beli lace pengantin, gunting-gunting dan tampal. Tapi sebab tak pandai kain murah je saya rembat. Kalau tak jadi takdelah terkilan sangat,

Hasilnya...

taraaaa....kemain berbunga hati saya sebab menjadi. Kemain siti aisyah melompat keriangan sebab dapat baju macam elsa.





Tapi dress ni belum siap pun lagi. Bagi dia cuba dulu...akhirnya langsung tak mahu buka. Dibawanya ke tidur. Aisk...esok petang saya balik keje duk pakai dress ni lagi. Dapat dress elsa langsung tak mahu dibuka.


notakaki : best sangat ke citer frozen ni..

Saturday, June 7, 2014

Jom Borong Handsock Lace

Handsock lace..

Restock dengan design lace yang cantik dan tersangat comel
Selesa di pakai..tidak panas
Material kain cotton
Sesuai dipakai dengan baju kurung, blouse

Panjangnya 25cm hingga ke paras siku

Jom cuba satu

Borong pun boleh.

Wassap 0179018006

Friday, June 6, 2014

Ber'babywearing' Di Pasar Malam



notakaki : babywearing boleh cegah anak menghilangkan diri di celah orang ramai

Umar Aisy 8 Bulan

Alhamdullilah

Umar dah cecah 8 bulan. Dah besar rupanya hero saya. 

Alhamdullilah

Maknanya dah 8 bulan saya menyusu umar sepenuhnya.
Rezeki umar masih ada. Stok pun masih ada.

Alhamdullilah

Bab makan umar ok aje. Cumanya umar suka makan nasi je. Oat, buah, barli dia tolak mentah-mentah. Ditutup mulut ketat-ketat.



Nak, moga kamu membesar dengan sihatnya. Moga menjadi seorang hafiz. Ameen


notakaki : rindu bau baby..

Wednesday, June 4, 2014

DIY Halfmoon Shawl

Sekarang saya jatuh cinta dengan shawl labuh yang panjang 2 meter. Tapi panjang 1.8 meter dah cukup sebenarnya. Janji menutupi dada cukuplah. Pilihan kain chiffon, boleh beli yang murah , yang mahal ikut keselesaan duit poket. 

Upah jahit tepi pun biasanya yang gedik-gedik rm4-5. Baby seam atau kelim halus tu pun harga lebih kurang macam jahit gedik-gedik.




Ni saya sharekan halfmoon shawl yang saya buat. Panjang 2 meter dan lebar saya main taram je. Kain tu saya combine dua satu plain chiffon dan satu lagi chfifon stripes.


notakaki: tiru dari shawl yang ada. harap tak kena saman!

Tuesday, June 3, 2014

Restock Handsock Lace



New stock untuk para pengemar handsock lace. 

Panjang 25cm
Material Cotton & lace

RM 10 each

Untuk yang berminat nak beli borong pun dialukan

Berminat whatsapp ye..

0179018006

The Sisters Boutiques

Jumaat lepas saje jalan-jalan ke Bangi dan singgah di The Sister Boutique. Dah lama sebenarnya duk skodeng boutique ni dekat ig. 

Saya tertarik dengan konsep vendor pelbagai di the sister boutique. Kiranya macam-macam ada. Serta membuka peluang kepada rakan-rakan bisnes yang lain. Jadi barangan kita akan dijual di butik dan juga online. Best kan...Mereka akan promosi barangan yang kita jual.


Ada shawl, skirt, blouse, dress, baju kanak-kanak, kasut, handsock , makanan dan macam-macam lagi.


Antara yang saya perasaan vendor yang letakkan barang mereka antaranya button candy, wonderful jameelah, niyraa boutique.


Aynur Aisyah dan Umar Aisy tersangat happy dapat ke sini.


Kami..


notakaki: seronok tengok orang yang berjaya