Wednesday, June 11, 2014

DIY Dress Frozen Untuk Anak

Demam frozen melanda anak dara saya, siti aisyah. Dah hafal mana satu elsa, mana anna..Ibunya pun belum tengok lagi tau. Jadi sekarang dah feeling -feeling princess aisyah. Saban hari mahu pakai dress, nyanyi-nyanyi let it go, pusing-pusing sambik pegang dress. Paling haru ajak ibu dengan abi sekali joget dengan dia.

Pernah satu petang kami ke pasar malam. Sekali dia terpandang baju tidur frozen terus dijeritnya. Let it go..let it go..kakak nak, kakak nak! Beli juga la kat dia sehelai. 

Bila dia dah kemaruk nak pakai dress , kesian la plak. sebab dress memang tak banyak, dan semua sudah ketat. Jadi nak mengembirakan hati seorang anak , saya pun gigih la ke kamdar beli kain, dan gigih menjahit walaupun memang saya bukan pandai menjahit.

Material

Baju kain satin 1meter rm 5.50
Kain glitter 1 meter rm 6.50

Total rm12. Sengaja cari kain yang murah sebabnya saya tak pandai jahit dan bakal menghancurkan kain-kain tersebut. Walhal plan saya lain. Mahu guna kain net, beli lace pengantin, gunting-gunting dan tampal. Tapi sebab tak pandai kain murah je saya rembat. Kalau tak jadi takdelah terkilan sangat,

Hasilnya...

taraaaa....kemain berbunga hati saya sebab menjadi. Kemain siti aisyah melompat keriangan sebab dapat baju macam elsa.





Tapi dress ni belum siap pun lagi. Bagi dia cuba dulu...akhirnya langsung tak mahu buka. Dibawanya ke tidur. Aisk...esok petang saya balik keje duk pakai dress ni lagi. Dapat dress elsa langsung tak mahu dibuka.


notakaki : best sangat ke citer frozen ni..

No comments: