Wednesday, April 30, 2014

Episod Cabut Gigi

Semalam saya mc. Gara-gara mahu pergi cabut gigi. Sebenarnya dah lama saya sakit gigi. Sebelum mengandungkan Umar Aisy lagi. Tapi Allah selalu permudahkan urusan saya ketika mengandung. Saya langsung tak sakit gigit semasa mengandung. Sama juga masa mengandungkan siti aisyah. Sebelum mengandung saya sakit gigi, bila mengandung sakit gigi terus stop. Macam magic kan!

Walhal saya selalu dengar sesetengah ibu mengandung akan sakit gigi kalau kekurangan kalsium.

Antara sakit bersalin dengan sakit gigi..yang mana lebih sakit?

Sakit gigi :- 

saya menangis sakit gigi. Terasa segala urat saraf saya turut sakit. Berdenyut-denyut sakitnya. Rasa nak marah semua orang. Emosi pun tak stabil. Malamnya tak lena tidur. Hilang saja ubat kebas yang dicucuk,  mengigil tahan sakit, sudahnya makan ubat tahan sakit :(

Sakit bersalin :-

saya langsung tak menangis. Semasa contraction saya boleh lagi tidur. Langsung tak amil sebarang ubat tahan sakit.

Itu bermakna sakit bersalin saya boleh tahan, sakit gigi..rasa nak menepik biar bergegar satu rumah!

Sudahnya saya cabut juga gigi geraham bongsu yang tak berapa nak bongsu dah..


Peneman saya ke mana sahaja. 


Alhamdullilah dah hilang sengsara menanggung sakit gigi. Bila doktor bagi ubat antibiotik saya mula trauma. Soalan saya akan tanya, "boleh ke nak breastfeed. Saya tak nak ubat antiobiotik ni menganggu proses penyusuan anak saya". 

Kos untuk cabut gigi rm100. 


notakaki : ubat antiobiotik dah dianggap musuh.

Monday, April 28, 2014

Borong Handsock Lace




Semuanya sudah bertuan. Bak kata kawan saya. Kita jual handsock murah dan kita anggap je sebagai kaedah untuk berdakwah. Kita juga yang dapat pahala. Yang beli dengan saya kebanyakkan katanya untuk hadiah hari guru, untuk disedekahkan kat orang.

Allah.

Yang baik kita kongsikan. 



Review saya tentang handsock lace ini, sangat selesa, Sekarang saya pemakai tegar handsock ni.

RM 10/pcs
Wassap : 0179018006

Friday, April 25, 2014

TULA BabyCarrier VS Boba Wrap



notakaki : bila "super ibu" cuba kendong dua orang anak kecil sekaligus

Thursday, April 24, 2014

Wednesday, April 23, 2014

Anak-Anak Kecil

Anak-anak kecil saya semakin membesar. Anak-anak saya sebenarnya tak banyak kerenah. Siti Aisyah misalnya mampu membawa diri. Mampu berdikari. Kalau tangan kotor dia boleh pergi dengan sendiri ke bilik air dan cuci tangan. Boleh ambil pinggan mangkuk serta boleh memecahkan pinggan mangkuk dalam sekelip mata! Baguskan ...

Tapi adakalanya saya diuji dengan perangai dan ragamnya.

Allah...

Mujurnya saya masih mampu bersabar
Mujurnya saya masih mampu urut dada
Mujurnya saya masih mampu mengetap bibir
Mujurnya saya masih mampu istighfar

Walaupun kadangkala saya tersasar
Walaupun kadangkala saya naik angin

Menguji kesabaran sungguh..

Biasanya saya akan naik angin bila dia buat adik .Kalau setakat sepahkan rumah, saya ok je. Setakat nangis tanpa sebab pun saya ok je. Kalu saya penat dan dia meragam saya ok je.

Bayangkan saya tengah dodoikan adiknya, dia datang tarik buai. Dia panjat-panjat batang besi buai. Makin saya larang makin dibuatnya. Saya faham dia nak perhatian saya. Saya biarkan je. Akhirnya dia datang nak babab kat muka adiknya. Meraung la adik. Mujurnya adik jenis yang nangis sekejap!

Allah...

Saya pukul perlahan dekat pehanya. Saya suruhnya ke dapur. Pergi tolong abi masak. Menonong je dia pergi. Bila adik dah tidur saya ke dapur. Seronok duk main kat dapur. Duk tumbuk gula dalam lesung. Saya tegurnya..Langsung tak menjawab. Merajuk la tu..

Saya tanya " kenapa aisy nangis,Siapa buat aisy"
Jawabnya "kakak"
Saya tanya lagi " kakak buat macamana kat aisy"
Jawabnya lagi " kakak babab" sambil tunjuk cara babab
Saya tanya lagi " siapa suruh buat"
Terus dia terdiam.

Saya senyum. Dalam hati, jujurkan anak-anak kecil ni.




notakaki : bila marah ingatlah Allah

Tuesday, April 22, 2014

Tip Pujuk Anak

Pagi-pagi lagi anak syurga saya Siti Aisyah buat hal. Kalau dia bangun awal pagi macam tu la megekor je kemana saya ataupun abinya pegi. Ke dapur, ke bilik... 

Sudahnya, kena bawak dia ke stesen minyak beli makanan. Pilihannya choki-choki, air milo, gula-gula lipstick. Tak bagi rasuah kan  menjerit nanti. Tapi pagi tadi rasuahnya tak menjadi juga. Menjerit jugak nak ikut.

Nak tak nak kena la pujuk." ok kakak duk umah..nanti balik ibu beli kakak kasut, baju...ok"..

Terus senyap!



Kasut untuk anak-anak syurga saya! Mujurnya ada jualan murah kasut Bata. Dapatlah dua pasang kasut dengan harga rm15. Semalam pun dah rembat sepasang..


notakaki : duit kalau tak abis ke anak....

Didik Anak Mudah Hafaz Al-Quran

Sebenarnya saya rasa agak terlambat memperkenalkan siti aisyah dengan bacaan Al-Qura. Memang ada tikanya, kami sama-sama baca Al-Quran dengan siti aisyah. Tapi, bukan selalu, bukan acapkali. Silap saya juga sebab lebih memperkenalkannya kepada lagu-lagu kanak-kanak, lagu-lagu nasyid, lagu-lagu layanan perasaan.

Kesedaran untuk saya agak lambat!

Seronok barangkali duk tengok siti aisyah menari-nari, joget-joget, nyanyi-nyanyi. Seronok agaknya saya bila siti aisyah ajak saya menari, sambil pegang tangan berpusing-pusing dan nyanyi "abang..abang". Lagu jangan pikirin abang dah tersemat kat mindanya. Kadangkala datang tolak bahu , tarik-tarik kain langsir persis dalam video klip tersebut.

Mmmm...

Jadi bila saya belikan vcd 30 juzuk , setiap hari saya pasang. Tapi itu belum cukup menarik minatnya. Akhirnya saya padamkan semua lagu-lagu dalam tab saya dan hanya letakkan bacaan al quran. Responnya, agak marah dan lempar tab.

Allah..

Silap saya dalam mendidik anak.

Saya terus berlembut. Terus sabar. Saya ajaknya solat. Usai solat saya akan ajaknya mengaji al-quran. Memang mudah untuk seorang kanak-kanak hilang tumpuan ketika mengaji atau belajar. Lain yang disuruh lain yang dibuatnya.

Jadi saya gunakan teknik dorongan.

" kakak ikut ibu ngaji...ikut yer"

sudah selesai satu surah saya akan peluk, ciumnya..

" ya allah, pandainya anak ibu ngaji. ibu bagi kakak 10 bintang. jom sambung ngaji lagi"

Alhamdulillah, teknik dorongan hasil perkongsian dari sahabat di fb mampu melembutkan jiwa anak saya. 



Alhamdullilah, siti aisyah dah hafal 3 surah pendek. Orang kata melentur buluh biar dari rebungnya. Bermulah dari awal, sedarlah mulai sekarang. Untuk umar aisy , saya dah perkenalkan bacaan alquran. 


* notakaki: Biar bertatih asalkan tak berhenti di pertengahan jalan

Friday, April 18, 2014

BOBA Wrap

Sejak saya jatuh cinta dengan dunia babywearing, rasanya mahu pakai segala ssc yang ada. Itu nak cuba, ini nak cuba..lama-lama meroyan!

Ini Boba wrap ehsan pinjaman dari seorang kawan yang baik hati. 

Komen saya pasal boba ni, memang best. Umar aisy pertama kali kena wrap diam je. Tak banyak kerenah sepertimana saya pakai crotch carrier. Kalau pakai crotch carrier , jangan haraplah nak duduk diam. Asyik merengek dan nak melepaskan diri. Mulalah meliuk lentuk badannya! Jenuh jugakla nak menampung, nak sokong belakang dia!

Bila dia diwrap kemas- kemas akhirnya dia lalok. Tapi tak mahu tidur. Sanggup tahan mata. Terperasaan kalau saya gendong umar pakai Tula Carrier atau Boba wrap ni dia mudah nak lena. Mungkin rapat dengan dada, mungkin rasa macam duduk dalam perut, mungkin dengar dengup jantung ibu ..yang mengasyikkan lalu lena. Entahlah, mungkin...


Mula-mula agak kekok nak pakai. Maklumlah pertama kali dan takde asas. Belajar pun melalui youtube. Badan, bahu , pinggang tak rasa sakit sebabnya  berat anak dibahagikan sama rata ke bahagian belakang , depan, bahu kiri dan kanan.


notakaki : teringin nak beli size pre school

Thursday, April 17, 2014

DIY Shawl Labuh

DIY Shawl yang labuh dah menjadi kegemaran hobi saya sekarang. Sebenarnya dah 3-4 shawl yang saya buat sendiri. Kainnya beli Nagoya je. Murah je pun.Tak silap kainnya georgette. Ada dua jenis satu material yang jenis ringan dan satu lagi berat. Dua-dua jenis kain saya beli.

Untuk diy shawl labuh ala-ala muslimah ni saya gunakan 2 meter kain. Kalau mahukan 2 tone, 1 meter warna lain dan combine dengan 1 meter warna lain. Lagi cantik. Cuma kita perlu sedikit kreatif. Harganya yang ringan rm6 semeter dan berat rm7 semeter.



Saya kelim tepi shawl ni. Tapak kelim tepi boleh dibeli dekat kedai-kedai jahit. Ada tapak ini, mudah je nak kelim tepi shawl! Sebab itu jadi kegilaan saya menjahit shawl. Mula-mula pentnya juga la nak belajar. sebab tak pandai guna. Dan sekarang alhamdullilah, dah makin pandai tapi tak mahir lagi. Kena banyak belajar!


Kemudian saya tampal lace. Lace boleh saje diletakkan di bahagian kepala, di tepi bahu dan dimana-mana saja yang disukai. Mungkin boleh cari idea lain dengan jahit riben, butang dan sebagainya!


Hasilnya! shawl labuh nan panjang 2 meter , lebar dalam 30cm.


notakaki: janji menutupi dada!

Coklat Lolipop Oreo

Anak sulung saya perempuan. Jadi perempuan haruslah masuk dapur dan haruslah minat memasak ye. Walaupun kepakaran ibunya bukan dalam bidang masakan. Ibunya memang tak pandai masak. Saya baru beli oven, kiranya gadjet terbaru jugalah. Hakikatnya saya langsung tak reti buat biskut, kek. Masak air saya power!

Jadi anak saya ni dah ketagih buat kek. " ibu nak kek" " ibu buat kek" " ibu jom kek". Mana mungkin saya layan kerenahnya sepanjang masa dengan kepenatan kerja, kepenatan melayan keranah umar aisy dan keranahnya sekali.

Allah..

Semalam pun sama..." ibu nak kek". Isk, mana nak adun bahan lagi, uli itu, uli ini. Ingat buat kek semudah abc dengan ibu langsung tiada asas. Ggrrrr.

Sudahnya saya buat coklat lolipop versi main-main masak bersama anak!




Best katanya!


notakaki: penat weh jadi sururumah bekerjaya!

Wednesday, April 16, 2014

Dari Dapur Ibu







notakaki: biar gambar berbicara  

Makanan Asas Untuk Bayi


Alhamdullilah

Sudah 6 bulan umar aisy. Jadi saya terpaksa jadi seorang ibu yang super kreatif dalam menyediakan makanannya. Siapa kata bayi 6 bulan tidak memilih makanan, tidak cerewet, suap apa sahaja semua ditelan.

Untuk umar aisy saya cuba puree apple, pear, betik,mangga dan pisang. Yang lain semua dimakan kecuali betik. Saya pun tak tahu dimana tak sedapnya betik. Dimakan, diluah lepas tu senyum!


Corak pemakanan umar aisy yang saya rangka sama seperti makanan siti aisyah masa dia masih bayi lagi. Pagi sarapan oat dan buah, tengahari nasi dan malam nasi. Saya dah cuba oat, alhamdullilah umar aisy makan dan insyaallah , kalau tiada halangan saya akan perkenalkan bubur nasi.

Asas makanan yang biasa saya gunakan beras perang, organik oat dan extra virgin olive oil (evoo).


Sudah masak saya akan letakkan makanannya dalam thermos. Senang kerja dan sentiasa panas. Panasnya boleh sampai ke petang.


*notakaki : rutin bangun pagi untuk memasak bermula..

Tuesday, April 15, 2014

Bermain Warna

Aktiviti minggu lepas.




Biarkan dia terus berkarya, biarkan dia terus membina daya kreativiti. Berikan kertas, berus, warna...biarkan dia melakar apa yang dia suka mengikut cara tersendiri dan dunianya sendiri. Imaginasi seorang kanak-kanak sangat unik!

Hasilnya, letih nak mengonyoh seluar, badannya yang bersalut warna!


notakaki: sampai ke mulut diwarnakan.. 

Monday, April 14, 2014

TULA Baby Carrier

Alhamdullilah

Hasrat saya, impian saya akhirnya tertunai. Saya beli size standard. Sebenarnya Tula Carrier ada 2 size standard dan toddler. Tapi memandangkan saya gunakan untuk umar aisy maka saya beli size standard.



saya beli dari sushibee. Sushibee juga menawarkan skim kutu dan installment. Jadi, rakyat marhaen macam saya yang sederhana tapi berlagak mewah ini :) boleh la membeli secara ansuran. Tapi saya jenis yang tak suka menunggu lama, jadi saya beli tunai. 


Komen saya pasal Tula Carrier ni, owh, sangat selesa. Sangat best. Badan saya, bahu saya , pinggang saya tak sakit tak seperti saya pakai crotch carrier! walaupun harga boleh tahan tapi bagi saya ia adalah pelaburan yang berbaloi.

Mungkin akan ada yang cakap, beli mahal-mahal nanti anak tak mahu duduk kat dalam carrier. Umar aisy masa mula-mula agak kurang selesa. Agak meragam. Tapi saya tepuk-tepuk punggungnya. baca surah-surah pendek (sebab saya suka dodoikannya dengan surah2) maka dia ok. Dia diam dan akhirnya terlena!

Pada yang agak was-was takut pelaburan rugi, saya sarankan supaya join group malaysian babywearer. Group ini sering mengadakan gathering dan anda boleh mencuba pelbagai scc. Atau kalau anda malu, boleh sewa ssc !


notakaki: jom join group Malaysian Babywearers di FB!

Handsocks Lace Muslimah RM 10


berminat sila wassap 0179018006

Friday, April 11, 2014

Potong Rambut

Dah masuk 4 kali kot rambut umar aisy dipotong. Bising-bising je saya mengomel kat abi aisy aisyah. Sebab saya punya anganan mahu simapn rambut uamr aisy hingga ke paras bahu. Hancur berkecai niat saya!

sampai je rumah, eh nape muka umar aisy nampak lain. Telek punya telek..lol, dah kena potong!

Sayang weh rambut lebat umar aisy yang lebat itu dipotong..

Masa umar aisy baru dilahirkan, rambut dia hitam berkilat. Cantik sangat. Ramai yang memuji.. Saya cakap la, saya amalkan minum vco. Mungkin sebab itu kot rambut umar aisy lebat dan berkilat. 

Rambutnya seolah-olah pakai minyak rambut ok.




Muka umar aisy yang redha kena potong rambut walhal ibunya tak redha rambutnya dipotong :(


notakaki:  apa guna kepuk di ladang,  kalau tidak berisi padi, apa guna berambut berambut panjang, kalau tidak berani mati!

Message Bangles

Sabtu lepas singgah di Mr Diy Jusco AU2. Terlihat satu accessories mainan untuk kanak-kanak- Murah je pun. Rasanya tak sampai rm5. Saya rasa sesuai untuk aktiviti baru bagi siti aisyah. Lagipun siti aisyah dah tak duduk taska , dan hanya duduk dirumah, jadi saya rasa saya perlu pelbagaikan aktivitinya supaya dia tidak merasa bosan.

Kadangkala saya tanyanya " kakak nak g school x?" Jawabnya "tak se". Seronok barangkali duduk dirumah, tak perlu berebut mainan dengan kawan-kawan, tak kena marah dengan cikgu!



sumber google


mula-mula memang dia tak pandai nak masukkan abjad ke dalam tali tersebut. Bila diajar alhamdullillah, dia mudah faham dan boleh buat dengan sendiri.


walaupun harganya murah tapi saya rasa mampu membina daya kreativiti kanak-kanak dalam mengabungkan daya imaginasi , idea dan fikiran mereka. Kita sebagai ibubapa hanya perlua bagi galakan dan dorongan. 




notakaki : wow...pandainya dipuji diri sendiri

Thursday, April 10, 2014

Umar Aisy 6 Bulan

 Alhamdullilah

Umar Aisy dah menginjak ke 6 bulan. Maknanya umar aisy dah boleh makan. Dan bermulalah rutin ibu untuk memasak makanan umar aisy.

Saya perkenalkan umar aisy dengan puri apple. Dia menolak. Sekali suap diluah balik. Suap lagi diluahnya balik. Kali ketiga ditutup mulutnya rapat-rapat.

saya cakap dengan dia " umar aisy tak nak makan lagi ye. ibu tak paksa. uamr amik masa dulu. terpulang pada umar nak makan bila. nak menyusu sampai umur 2 tahun tanpa makan pun ibu ok je. tu pun kalau perut umar mampu la".

Reaksi umar aisy ketika dapat makan.





*notakaki : sangat comel reaksinya !

Tuesday, April 8, 2014

Shopping Di Misslilyshop

Sabtu lepas saya ke Misslilyshop. Taksub dengan jelly shoes yang dijual. Tengok ig misslilyshop diorang baru restock item baru . Terus wassap abi aisy aisyah ajak ke sana. Mujurnya dia memberikan persetujuan. 
Kedai Misllilyshop ni di Wangsa Melawati. Dekat dengan bangunan KWSP dan Manjaku. Atas sikit dari Giant Taman Permata!


Saya tengah breastfeed Umar Aisyah. Jangan segan sudah untuk nursing in public (NIP). Selagi aurah terjaga. Macam saya saya lebin suka pakai inner menyusu dengan kemeja. Tudung kena labuh sikit untuk cover bahagian dada. Mujurnya Umar jenis yang tak suka selak tudung. Dia pegang je..



Sebahagian dari boot. Saya sempat sambar 2 pasang jelly shoes dan sepasang boot. Boot tu xtahu pakai nak g mana. Pegi pasar malam je kot.HahAHA. Untuk Siti Aisyah 2 pasang dan Umar sepasang. Dan satu spek. Total RM150 dan dapat diskaun lagi. Semuanya RM 130. Murahkan. 3 pasang kasut yang saya punya RM75. 3 pasang untuk anak saya RM30. Spek rm15.

Jelly shoes tu lembut sangat. Sedap pakai. Beli RM150 dapat card member free!



Ada sudut untuk anak-anak bermain bagi menghilangkan bosan menunggu ibu yang gila shopping. Comel sangat bila ada seorang kanak-kanak perempuan cakap kat ibunya " Ibu dah siap shopping? Kakak belum siap lagi masak. Pergila pilih barang lagi"

Dan ada seorang bapa yang menemani anak-anak perempuannya shopping. "Papa, cantik tak?' Papanya jawab "yg ketat tu lagi cantik". Dijawab anaknya " Tak elok pakai pakaian ketat papa".

Alhamdullilah.


Bodyguard saya sampai ke jannah. Insyaallah !


* notakaki : murah asalkan tak berdarah kaki!

Monday, April 7, 2014

Santai : Kidzoona Jucso Setiawangsa (AU2)

Hari Sabtu, saya berpeluang meluangkan masa dengan anak-anak. Itu je la yang saya mampu. Kekosongan yang ada dicuba sebaik mungkin untuk anak. Masa, waktu sentiasa mencemburui kita. ibu beranakkan anak dua ini serasa makin di mamah usia :(

Kidzoona ni sesuai untuk kanak-kanak. Memang syurga dunia la. Siti aisyah ke main menjerit keseronokan. Nak main, nak main katanya. Bayaran rm10 hari weekend. Permainannya takde la banyak sangat berbanding dengan jusco equine. walhal saya sendiri belum pernah bawak siti aisyah masuk kat kidzoona equine cuma mengintai dari luar je. Tapi ok la dengan bayaran kan.

Layan gambar mereka yang seronok bermain !