Thursday, April 17, 2014

DIY Shawl Labuh

DIY Shawl yang labuh dah menjadi kegemaran hobi saya sekarang. Sebenarnya dah 3-4 shawl yang saya buat sendiri. Kainnya beli Nagoya je. Murah je pun.Tak silap kainnya georgette. Ada dua jenis satu material yang jenis ringan dan satu lagi berat. Dua-dua jenis kain saya beli.

Untuk diy shawl labuh ala-ala muslimah ni saya gunakan 2 meter kain. Kalau mahukan 2 tone, 1 meter warna lain dan combine dengan 1 meter warna lain. Lagi cantik. Cuma kita perlu sedikit kreatif. Harganya yang ringan rm6 semeter dan berat rm7 semeter.



Saya kelim tepi shawl ni. Tapak kelim tepi boleh dibeli dekat kedai-kedai jahit. Ada tapak ini, mudah je nak kelim tepi shawl! Sebab itu jadi kegilaan saya menjahit shawl. Mula-mula pentnya juga la nak belajar. sebab tak pandai guna. Dan sekarang alhamdullilah, dah makin pandai tapi tak mahir lagi. Kena banyak belajar!


Kemudian saya tampal lace. Lace boleh saje diletakkan di bahagian kepala, di tepi bahu dan dimana-mana saja yang disukai. Mungkin boleh cari idea lain dengan jahit riben, butang dan sebagainya!


Hasilnya! shawl labuh nan panjang 2 meter , lebar dalam 30cm.


notakaki: janji menutupi dada!

2 comments:

The World of Mastura Radzi said...

assalamualaikum..boleh tunjuk cara buat lebih details tak? sy nak belajar..hehe

Syidah said...

wsalam...sy kerat 4 segitepat je.kira yg setiap wrna satu meter dan kemudian saya gabungkan..