Wednesday, April 30, 2014

Episod Cabut Gigi

Semalam saya mc. Gara-gara mahu pergi cabut gigi. Sebenarnya dah lama saya sakit gigi. Sebelum mengandungkan Umar Aisy lagi. Tapi Allah selalu permudahkan urusan saya ketika mengandung. Saya langsung tak sakit gigit semasa mengandung. Sama juga masa mengandungkan siti aisyah. Sebelum mengandung saya sakit gigi, bila mengandung sakit gigi terus stop. Macam magic kan!

Walhal saya selalu dengar sesetengah ibu mengandung akan sakit gigi kalau kekurangan kalsium.

Antara sakit bersalin dengan sakit gigi..yang mana lebih sakit?

Sakit gigi :- 

saya menangis sakit gigi. Terasa segala urat saraf saya turut sakit. Berdenyut-denyut sakitnya. Rasa nak marah semua orang. Emosi pun tak stabil. Malamnya tak lena tidur. Hilang saja ubat kebas yang dicucuk,  mengigil tahan sakit, sudahnya makan ubat tahan sakit :(

Sakit bersalin :-

saya langsung tak menangis. Semasa contraction saya boleh lagi tidur. Langsung tak amil sebarang ubat tahan sakit.

Itu bermakna sakit bersalin saya boleh tahan, sakit gigi..rasa nak menepik biar bergegar satu rumah!

Sudahnya saya cabut juga gigi geraham bongsu yang tak berapa nak bongsu dah..


Peneman saya ke mana sahaja. 


Alhamdullilah dah hilang sengsara menanggung sakit gigi. Bila doktor bagi ubat antibiotik saya mula trauma. Soalan saya akan tanya, "boleh ke nak breastfeed. Saya tak nak ubat antiobiotik ni menganggu proses penyusuan anak saya". 

Kos untuk cabut gigi rm100. 


notakaki : ubat antiobiotik dah dianggap musuh.

No comments: