Friday, April 11, 2014

Message Bangles

Sabtu lepas singgah di Mr Diy Jusco AU2. Terlihat satu accessories mainan untuk kanak-kanak- Murah je pun. Rasanya tak sampai rm5. Saya rasa sesuai untuk aktiviti baru bagi siti aisyah. Lagipun siti aisyah dah tak duduk taska , dan hanya duduk dirumah, jadi saya rasa saya perlu pelbagaikan aktivitinya supaya dia tidak merasa bosan.

Kadangkala saya tanyanya " kakak nak g school x?" Jawabnya "tak se". Seronok barangkali duduk dirumah, tak perlu berebut mainan dengan kawan-kawan, tak kena marah dengan cikgu!



sumber google


mula-mula memang dia tak pandai nak masukkan abjad ke dalam tali tersebut. Bila diajar alhamdullillah, dia mudah faham dan boleh buat dengan sendiri.


walaupun harganya murah tapi saya rasa mampu membina daya kreativiti kanak-kanak dalam mengabungkan daya imaginasi , idea dan fikiran mereka. Kita sebagai ibubapa hanya perlua bagi galakan dan dorongan. 




notakaki : wow...pandainya dipuji diri sendiri

No comments: