Alhamdullillah
Cuti 1 mei , kami ambil kesempatan untuk balik kampung. Rasanya macam dah lama tak balik kampung. Kali terakhir balik masa raya cina. Rindu sangat nak balik kampung sementelah kampung kami Kelantan kaya dengan makanan.
Sungguh tak tipu, balik kampung je saya lebih suka beli makanan kat luar. Laksa, kuih muih, nasi belauk...sedap sangat!
Perjalanan ke rumah keluarga abi aisy aisyah . Dalam hutan ye. Malam-malam jalan ni memang sunyi sepi. Seram sikit. Macam cerita yang dengar. Kisah hantu, kisah bunuh...Tapi saya pernah drive sorang-sorang malam-malam ikut jalan ini.
Ya Allah,
Bumi serambi Mekah sekarang panas sangat. Dengarnya sudah 4 bulan ketandusan hujan. Mula-mula Allah bagi cuaca yang sangat sejuk. Kemudian Allah tarik bagi cuaca panas. Tapi Allah Maha Penyayang, tanaman orang kampung menjadi. Pokok buah-buahan semua menjadi.
Abi aisy aisyah siap pesan musim buah nanti jangan bawak beg banyak sangat sebab nak sumbat pelbagai buah dalam bonet!
Rezeki kawan-kawan..
No comments:
Post a Comment