Wednesday, March 19, 2014

"ABIYA" Panggilnya

Seusai saya melahirkan zuriat pertama siti aisyah, kami mula berkira-kira apa panggilan sesuai untuk saya dan suami saya. Semasa mengandung kami berdua tak pernah berbincang pasal ini termasuk nama anak. Cumanya nama anak-anak memang pilihan saya. Eh, saya yang beranak kan ! hukhuk..(tersedak)

Bila siti aisyah dilahirkan , saya pun tanya nak panggil apa ni. Jawabnya ntah..Nampak tak disitu dia pun malu-malu nak bagitau. Walhal saya sendiri dapat rasa suami saya pun ada pilihan mahu panggil apa. Bila dah teragak-agak saya pun cakap "ibu dan abi". Dia mengangguk!

'Umi' pun best. Tapi disebabkan belah suami saya, anak-anak ipar duai panggil umi jadi saya tak mahu. Sebabnya saya tak mahu , apabila anak  memanggil 'umi'..kesemua 'umi' berpaling. Sebenarnya itu yang terjadi. Saya panggil mak saya 'mek' dan nenek saya belah mak saya pun 'mek'. Bila dipanggil kedua-dua berpaling. Akhirnya kami panggil nenek kami ' mek ayoh' untuk mengelakkan kekeliruan. 



Dijadikan cerita,saya pergi checkup mengandungkan umar aisy di klinik sg chua kajang. Ada anak pasangan arab yang menarik perhatian saya. Sangat comel anak perempuan mereka. Ibunya juga seperti saya datang checkup pregnant. Bila ibunya masuk bila jumpa nurse, anaknya kat luar menjerit-jerit ketuk pintu. " Ya mama , Ya mama "! 

Indah sungguh panggilan 'ya' di telinga saya. Sangat indah ...Mashaallah ! Hati saya terdetik, alangkah indahnya kalau siti aisyah panggil kami seperti itu. ' Ya Ibu , Ya Abi'. Tapi ketika itu siti aisyah masih belum boleh bercakap. Masih belum boleh panggil ibu dan abi.

Bila siti aisyah dapat bercakap , dia panggil abinya " Abiya , Abiya'. Tapi ada ketikanya dipanggil 'Abi'. Mana ntah dia belajar saya pun tak pasti. Saya mencari puncanya walhal kami ajarnya panggil abi dan tika itulah saya teringat kisah di klinik tersebut.Tuhan Maha Kaya, mungkin DIA dengar apa yang saya minta, apa yang harapkan, apa yang terdetik dalam hati saya. 

Saya cakap dengan siti aisyah ' kalau ibu tau dari dulu lagi ibu suruh kakak panggil abuya!". Sejuk telinga bila dia panggil 'abiyaaa , abiyaaa'. Sekarang dah sinonim dah..dah melekat abiya. Sampaikan saya sendiri, abinya dan seluruh keluarga kami pun panggil abiya!


notakaki: hebatnya seorang ibu!

No comments: