Monday, March 17, 2014

Jom Main Playdough.

Hujung minggu macam biasalah saya menghabiskan masa dengan anak-anak. macam tu la adat seorang ibu yang bekerja kan. kalau waktu bekerja masa dengan anak serasa begitu singkat. pukul 7 pagi ke ofis dan kul 6 petang sampai umah. jadi masa dengan anak-anak begitu terhad.

jadi hujung minggu lepas , saya merangka untuk buat homemade playdough.

bahan-bahan
2 tepung cawan
2 cawan air
1 cawan garam
1/2 cawan minyak masak
pewarna makanan

campur semua bahan dan uli sampai ia tak melekat. tapi sayang ibunya memang tak reti buat menda alah ni. skill ibunya bukan untuk memasak yer. jadi abinya lah yang amik alih uli sampai jadi!




Kenapa saya buat sendiri playdough sebab lebih jimat.  Lagipun kalau buat sendiri ia lebih selamat dan tidak ada bahan toksin atau beracun. Ia tahan selama 2-3 hari sahaja dan harus simpan dalam bekas kedap udara. Jadi tak perlu risau kalau anak-anak termakan ke apa!


* notakaki :  sangat seronok. asyik ajak abinya main.

1 comment:

nikuze said...

salam, lama tak bukak blog.. alahai anak dara dah besar siap dah adik ..
sangat teruja baca blog syidah, sebab semuanya syidah buat sendiri.. nak buat jugak utk anak teruna aze..