Kadangkala dihujung minggu kami bersantai dirumah sahaja. ok, tipu! pagi kami kat rumah dan petang bila cuaca agak mendung baru kami keluar. tu pun tak kemana sekadar pasar malam, tesco , giant. asal dapat memuaskan hati anak dara siti aisyah. umar aisy macam biasa, dapat keluar ke main seronok tapi bila dah keluar merengek nak tido.
budak kan!
kolam kecil tempat umar aisy bermain dengan bola-bola kecil. tapi siti aisyah bawak keluar dan letak dalam kolamnya. jadi ada dua kolam, satu untuk tempat main air ,berenang kuak lentang, kuak rama-rama, terjunan gaya bebas. satu kolam lagi untuk kolam bola kecil ini lah... tapi penat mengutip bola yang menghilangkan diri serata tempat !
bahagia sungguh dapat bermain air di kala musim kemarau !
bercadang nak hantar kelas renang. survey-survey kat putrajaya ada. rm120 untuk 4 sesi. dah berbincang dengan abi aisyaisyah tapi dia senyap saje. senyap tu tanda tak setuju la ... xpe lah, biar je mereka tak pandai berenang macam ibu mereka ni !
pagi-pagi dah ajak main kat luar. belum mandi lagi ni tapi umar aisy macam biasa bangun pagi memang kena mandi! jenuh nak disiplinkan siti aisyah...bangun pagi kena mandi, gosok gigi, breakfast baru boleh main! kalau dipaksa kang mengamuk. ajak lembut-lembut nanti katanya.."se..se" pastu lari keluar. ibunya yang berhati tisu terus biarkan...
tempat bermain anak-anak. rumah takde la besar gedabak tapi ada la ruang sedikit untuk saya buatkan sudut diorang bermain. nak buat dalam bilik, ketiga-tiga bilik dah penuh. jadi saya buat kat ruang tamu dan satu lagi tempat parking kereta. jadi diorang ada dua tempat bermain. ala-ala outdoor dan indoor gitu!
notakaki : rumah bersepah adalah ' terapi minda' untuk saya dan saya akan tunggu mood rajin datang baru saya akan kemas !
No comments:
Post a Comment