Wednesday, March 26, 2014

Diploma Penyusuan

Ahamdullilah

Umar Aisy hampir mencecah ke 6 bulan. Maksudnya hampir sempurna penyusuan saya di peringkat diploma. Namun perjalanan Umar Aisy masih jauh. Masih lagi perlukan kekuatan, semangat , sokongan dari suami saya untuk meneruskan penyusuan hingga ke dua tahun. 

Insyaallah. 

Allah masih lagi mengizinkan dan memberikan rezeki untuk umar aisy. Rezeki makan dan minum yang mampu jadikan ubat untuk umar aisy membina antibodinya dengan lebih kuat.  

Masa dalam pantang , saya dah mula kumpul stok susu. Target dalam sehari dapat 5oz yakni satu botol. Bersemangat saya bangun pump pukul 2-3 pagi selepas menyususkan umar aisy. Ikrar saya, saya tak mahu kecundang di tengah jalan. Penyusuan siti aisyah yang hanya setahun 4 bulan banyak mengajar saya. Banyak bagi teladan untuk saya.

Masa pantangkan siti aisyah, susu saya pun melimpah ruah juga. Cumanya saya tak tahu macamana nak travelkan ebm ke kajang. Sebab saya takde ilmu masa itu. Langsung tak buat stok. Tapi berlainan dengan umar aisy. Masuk je keje, stok ada lebih kurang 300 oz. Alhamdullillah..syukur ya Allah! 

Saya tahu ada ibu yang tak mampu menyusukan anak atas sebab-sebab tertentu. Ada sesetengah ibu yang malas nak pump. Tapi susu ada. Macam kerugian di situ pabila Allah dah berikan rezeki untuk menyusu tapi kita tak gunakan sebaik mungkin. Jadi rajin-rajinkalan diri untuk mengepam. Selalu buat power pumping. Memang agak meletihkan sebab kena bangun pagi nak mengepam sementelah kita pun tak cukup tidur sebab asyik bangun dan menyusukan anak. Tapi itu adalah satu usaha dan boleh mempertingkatkan kuantiti susu. 

Kadangkala , ada juga masanya susu kita merundum. Tapi semangat je yang penting. Macam saya pun masa bercerai susu dengan siti aisyah, seribu satu perasaan. Sukar nak diungkapkan apabila saya tak mampu menyusukannya sampai dua tahun. Saya redha, mungkin rezeki anak saya setakat itu.



Alhamdullilah

Ini stok umar aisy setakat hari ini. Kami terpaksa membeli deep frezer disebabkan peti yang tersedia ada tak mampu menampung kauntitinya. Mula-mula nak cari deep freezer yang second tapi kebanyakkan yang saya jumpa harga lebih kurang yang baru. Topup dalam rm100 dah dapat yang baru. Jadi kami ambil keputusan untuk beli yang baru. Kami beli deep frezer jenama elba 130 liter RM630.


Susu yang telah disukat 3oz sebotol. Sehari umar aisy minum dalam 18oz. Biasanya sehari saya pump 3 kali sehari. Dapat la 25oz sehari. Sebenarnya tak kisahlah berapa yang kita dapat asalkan cukup untuknya. Dan semoga penyusuan sampai tempoh 2 tahun lamanya. Ameen.



notakaki: gigih kumpul stok untuk bulan puasa nanti. 

3 comments:

Anonymous said...

Salam akak.klu sy nk sewa deep freezer akak blh x?ni no sy- 0176017545

Anonymous said...

Salam akak.klu sy nk sewa deep freezer akak blh x?ni no sy - 0176017545.

Syidah said...

wsalam...dik, akak xbuat sewa. masih penuh lagi susu umar