Anak-anak kecil saya semakin membesar. Anak-anak saya sebenarnya tak banyak kerenah. Siti Aisyah misalnya mampu membawa diri. Mampu berdikari. Kalau tangan kotor dia boleh pergi dengan sendiri ke bilik air dan cuci tangan. Boleh ambil pinggan mangkuk serta boleh memecahkan pinggan mangkuk dalam sekelip mata! Baguskan ...
Tapi adakalanya saya diuji dengan perangai dan ragamnya.
Allah...
Mujurnya saya masih mampu bersabar
Mujurnya saya masih mampu urut dada
Mujurnya saya masih mampu mengetap bibir
Mujurnya saya masih mampu istighfar
Walaupun kadangkala saya tersasar
Walaupun kadangkala saya naik angin
Menguji kesabaran sungguh..
Biasanya saya akan naik angin bila dia buat adik .Kalau setakat sepahkan rumah, saya ok je. Setakat nangis tanpa sebab pun saya ok je. Kalu saya penat dan dia meragam saya ok je.
Bayangkan saya tengah dodoikan adiknya, dia datang tarik buai. Dia panjat-panjat batang besi buai. Makin saya larang makin dibuatnya. Saya faham dia nak perhatian saya. Saya biarkan je. Akhirnya dia datang nak babab kat muka adiknya. Meraung la adik. Mujurnya adik jenis yang nangis sekejap!
Allah...
Saya pukul perlahan dekat pehanya. Saya suruhnya ke dapur. Pergi tolong abi masak. Menonong je dia pergi. Bila adik dah tidur saya ke dapur. Seronok duk main kat dapur. Duk tumbuk gula dalam lesung. Saya tegurnya..Langsung tak menjawab. Merajuk la tu..
Saya tanya " kenapa aisy nangis,Siapa buat aisy"
Jawabnya "kakak"
Saya tanya lagi " kakak buat macamana kat aisy"
Jawabnya lagi " kakak babab" sambil tunjuk cara babab
Saya tanya lagi " siapa suruh buat"
Terus dia terdiam.
Saya senyum. Dalam hati, jujurkan anak-anak kecil ni.
notakaki : bila marah ingatlah Allah
No comments:
Post a Comment