Wednesday, April 2, 2014

Rumah Adalah Sekolah Terbaik

Bermain adalah terapi minda buat kanak-kanak. Mereka boleh main tanpa rasa erti penat. Dunia mereka , main dan terus main. Kadang kala biarkan sahaja mereka bermain tanpa melarang.Jika asyik melarang akan mematahkan daya kreativiti mereka. Asalkan keselamatan terjaga.  Kita anggap mereka sedang bermain walhal mereka sedang belajar. Sedang belajar meneroka segenap penjuru rumah.

Saya terperasan ketika siti aisyah masih bayi lagi, saya sering mengajarnya abc, alif ba ta, 123. Saya kenalkan pelbagai jenis mainan, buku. Saya ulang benda yang sama,bila dia pandai bercakap dia boleh sebut satu persatu yang saya ajar tadi. Otak mereka ibarat span yang menyerap segala apa yang kita ajarkan!


Umar Aisy pun dah mula meneroka setiap penjuru rumah. Dia mula memerhati keadaan sekelilingnya. Kemudian dia akan datang dekat dan cuba mengambil barang yang ada. Mula tarik-tarik barang, berusaha sampai dapat. Senget-senget badannya..Dapat masuk mulut! Saya cuma memerhati jauh. Kadang-kadang bila dia ralit, saya panggil umar, umar.Langsung tak berpaling.


Siti Aisyah macam biasa. Bab-bab mainan dia dah tak layan. Yang dia suka sekarang menulis, mewarna. Itu yang sekarang saya sedang mencari whitebaoard.


Siti Aisyah sedang mengajar adiknya Aliff Ba Taa. Kadang-kadang kita sekali diajarnya. "Ibu, ni apa " tanyanya..Jawab saya "tak tahu" .Jawabnya "ni Ba "



*notakaki :  segalanya bermula dari rumah

No comments: