1. Bercerai susu ibu
Bercerita pasal kisah bercerai susu Siti Aisyah. Alhamdullilah siti aisyah tak meragam , tak banyak kerenah masa bercerai susu. Bukan bercerai susu tapi dia berhenti dengan sendiri. Dengan sendiri dia tak mahu menyusu badan. Kebetulan saya sakit dan makan ubat jadi susu kurang. Mungkin kesan atau rasa ubat tersebut yang buat dia tolak.
Jadi, saya tak perlu petua yang macam-macam untuk bercerai susu.Macam-macam kaedah orang tua-tua bagi, letak sirap, asam saja, kunyit. Nampak macam lucu tapi hakikatnya kadangkala menjadi.
Itu kisah bercerai susu badan.
2. Bercerai puting tiruan
Ini pula kisah bercerai dengan puting tiruan @ "pes" panggilan manja dari siti aisyah. Tak cantik kan duk hisap je puting. Ada alkisahnya kenapa saya berikan siti aisyah puting tiruan. Dia terkena sawan tangis dan bila kami bawak berubat, beralih pulak tak nak susu botol. Saya dah nak naik keje. Pening juga la memikirkannya. .Jadi kami terpaksa bagi puting tiruan dulu, biarkan dia lalok baru cabut dan bagi susu. Yang tak tahannya, hisap sampai habis. Jadi melekat la puting tu sampai umur 2 tahun.
Dalam pantang beranakkan umar aisy, saya usaha buat dia berhenti dari hisap puting. Alasan saya, puting tertinggal di kfc. Kebetulan malam tersebut dia kesana. Menangis juga mencari akhirnya saya bagi. Bila dia tertido saya sorokkan. Esoknya dia mencari saya pun bagi alasan lagi "teacher dekat taska ambil. Nanti pergi mintak dengan teacher". Yang paling kelakar , dia buka wassap kat hp saya, pergi kat profile teacher dan dia cakap " teacher nak pes" sambil hulur tangan minta.
Alhamdullilah, dia tak meragam. Mungkin dia redha. Baru-baru ini, dia terjumpa puting dia dalam beg saya. Bukan main seronok. Cepat-cepat saya sorok balik! Selamat.
3. Bercerai susu botol
Siti aisyah berhenti susu botol ketika usia 2 tahun 3 bulan. Ikutkan hati saya nak biarkannya dia menyusu botol. Tak mahu berhenti lagi. Tapi saya tengok tahap kebergantungan dia terhadap susu melampau-lampau. Sampaikan nasi tak mahu makan. Sejam sekali minta susu. Susu formula bila kanak-kanak dah berumur 2 tahun dah tak banyak membantu dari segi pembesaran. Yang penting pemakanan. Bagi saya la..
Teringat lagi seorang pengusaha taska cakap " kami kat sini akan latih berhenti susu formula bila kanak-kanak berumur 2 thn 5 bulan. Sebab dah tak membantu mereka kecuali susu ibu. Sampai bila pun boleh diminum". Terimbas juga kata-kata orang lama " budak selagi tak berhenti menyusu selagi itu makan sedikit".
Saya buat keputusan berhenti minum susu formula. Malamnya nangis. Jadi saya berpakat dengan adik saya. Siti aisyah nak susu makcik dia cakap susu habis. Tunggu abi ngan ibu balik baru pegi beli susu. Saya balik dia senyap je. Tak minta pun susu.
Alhamdullilah, dia terus berhenti sampai sekarang.
Saya ada juga buatkan susu dalam gelas dan bagi fresh milk. Tapi dia cuma minum sedikit. Yang dia tahu, nak ratah susu. Sejak dia berhenti minum susu, alhamdullilah , makan pun dah banyak. Lega hati saya.
notakaki: rindu saat-saat menyusukan anak!
No comments:
Post a Comment