Tuesday, April 1, 2014

Motor Pancit

Setelah hampir 3 tahun lamanya saya berulang alik dari kajang ke kl dengan moto untuk mencari sesuap nasi akhirnya saya diduga. Moto saya pancit di pertengahan jalan. Dugaan di pagi hari jumaat yang lepas.

Allah...

Tersadai saya di stesen minyak petronas sambil menunggu abi aisy aisyah datang. Daya seorang perempuan apa la sangat. Saya sudah cuba pum tayar, kesudahannya keluar balik. Melengut keseorangan saya kat situ bertemankan hp!

Sebenarnya sebelum hari kejadian, saya sudah perasaan tayar moto agak kempis dan moto sedikit bergoyang. Balik rumah mengadu kat abi aisy aisyah. Dia senyap, saya pun senyap je la. Pagi esoknya, ada lagi sedikit angin. Dalam hati saya, alhamdullilah tak bocor mungkin kurang angin. Tapi tak sempat nak sampai kat opis habis segala angin terkeluar. Terpaksa la saya ambil cuti hari tersebut.




notakaki: usah anggap sesuatu dugaan itu adalah untuk menyusahkan tapi sebenarnya tanda cinta Allah terhadap kita

No comments: