Friday, April 18, 2014

BOBA Wrap

Sejak saya jatuh cinta dengan dunia babywearing, rasanya mahu pakai segala ssc yang ada. Itu nak cuba, ini nak cuba..lama-lama meroyan!

Ini Boba wrap ehsan pinjaman dari seorang kawan yang baik hati. 

Komen saya pasal boba ni, memang best. Umar aisy pertama kali kena wrap diam je. Tak banyak kerenah sepertimana saya pakai crotch carrier. Kalau pakai crotch carrier , jangan haraplah nak duduk diam. Asyik merengek dan nak melepaskan diri. Mulalah meliuk lentuk badannya! Jenuh jugakla nak menampung, nak sokong belakang dia!

Bila dia diwrap kemas- kemas akhirnya dia lalok. Tapi tak mahu tidur. Sanggup tahan mata. Terperasaan kalau saya gendong umar pakai Tula Carrier atau Boba wrap ni dia mudah nak lena. Mungkin rapat dengan dada, mungkin rasa macam duduk dalam perut, mungkin dengar dengup jantung ibu ..yang mengasyikkan lalu lena. Entahlah, mungkin...


Mula-mula agak kekok nak pakai. Maklumlah pertama kali dan takde asas. Belajar pun melalui youtube. Badan, bahu , pinggang tak rasa sakit sebabnya  berat anak dibahagikan sama rata ke bahagian belakang , depan, bahu kiri dan kanan.


notakaki : teringin nak beli size pre school

No comments: