Wednesday, April 16, 2014

Makanan Asas Untuk Bayi


Alhamdullilah

Sudah 6 bulan umar aisy. Jadi saya terpaksa jadi seorang ibu yang super kreatif dalam menyediakan makanannya. Siapa kata bayi 6 bulan tidak memilih makanan, tidak cerewet, suap apa sahaja semua ditelan.

Untuk umar aisy saya cuba puree apple, pear, betik,mangga dan pisang. Yang lain semua dimakan kecuali betik. Saya pun tak tahu dimana tak sedapnya betik. Dimakan, diluah lepas tu senyum!


Corak pemakanan umar aisy yang saya rangka sama seperti makanan siti aisyah masa dia masih bayi lagi. Pagi sarapan oat dan buah, tengahari nasi dan malam nasi. Saya dah cuba oat, alhamdullilah umar aisy makan dan insyaallah , kalau tiada halangan saya akan perkenalkan bubur nasi.

Asas makanan yang biasa saya gunakan beras perang, organik oat dan extra virgin olive oil (evoo).


Sudah masak saya akan letakkan makanannya dalam thermos. Senang kerja dan sentiasa panas. Panasnya boleh sampai ke petang.


*notakaki : rutin bangun pagi untuk memasak bermula..

No comments: