Monday, April 14, 2014

TULA Baby Carrier

Alhamdullilah

Hasrat saya, impian saya akhirnya tertunai. Saya beli size standard. Sebenarnya Tula Carrier ada 2 size standard dan toddler. Tapi memandangkan saya gunakan untuk umar aisy maka saya beli size standard.



saya beli dari sushibee. Sushibee juga menawarkan skim kutu dan installment. Jadi, rakyat marhaen macam saya yang sederhana tapi berlagak mewah ini :) boleh la membeli secara ansuran. Tapi saya jenis yang tak suka menunggu lama, jadi saya beli tunai. 


Komen saya pasal Tula Carrier ni, owh, sangat selesa. Sangat best. Badan saya, bahu saya , pinggang saya tak sakit tak seperti saya pakai crotch carrier! walaupun harga boleh tahan tapi bagi saya ia adalah pelaburan yang berbaloi.

Mungkin akan ada yang cakap, beli mahal-mahal nanti anak tak mahu duduk kat dalam carrier. Umar aisy masa mula-mula agak kurang selesa. Agak meragam. Tapi saya tepuk-tepuk punggungnya. baca surah-surah pendek (sebab saya suka dodoikannya dengan surah2) maka dia ok. Dia diam dan akhirnya terlena!

Pada yang agak was-was takut pelaburan rugi, saya sarankan supaya join group malaysian babywearer. Group ini sering mengadakan gathering dan anda boleh mencuba pelbagai scc. Atau kalau anda malu, boleh sewa ssc !


notakaki: jom join group Malaysian Babywearers di FB!

2 comments:

Unknown said...

dik apa beza yg standard dgn toddler...standard sampai umur berapa?

Syidah said...

Akak join Malaysian babywearer. Bnyk info kat sana. Sy kendong anak yg umur 3thn muat lg..