Thursday, March 27, 2014

Mendidik Anak Membaca Al Quran Dari Kecil

" Imam Shafie dilahirkan dari keluarga fakair dari Palestin. Ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia 2 tahun. Tapi beliau dikurniakan seorang ibu yang tegas dalam mendidiknya. Ibunya gigih mendidik sehingga beliau berjaya menghafaz al quran pada usia 7 tahun. Dan ada sesetengah riwayat mengatakan pada usia 5 tahun. Kemudian beliau berguru dengan ulama terkenal sehingga mufti mekah mengizinkan beliau memberi fatwa pada usia 15 tahun".

Mashaallah, ibu yang sangat hebat! Kalaulah ibunya masih ada sekarang mahu saya tanyakan petua beliau mendidik imam shafie sehingga menjadi seorang yang sangat hebat !

Kisah imam shafie menjadi sumber inspirasi untuk saya dalam mengajar anak saya membaca al quran. Mungkin agak lambat saya perkenalkan bacaan al quran untuk siti aisyah. Tapi alhamdullilah, seusia 2 tahun siti aisyah dah kenal huruf jawi dari alif hingga ya. Dan sekarang, saya cuba perkenalkan huruf hijaiyyah baris atas, baris bawah dan baris depan. Kemudian saya akan buat kuiz. Dari 10 soalan , 4-5 jawapan yang diberikan betul.

Untuk umar aisy pula, semasa dodoikan dia tidur saya akan mengaji surah-surah pendek. Yang paling mengagumkan siti aisyah mampu ikut saya baca al fatihah. Ya allah, otak kanak-kanak mudah cepat untuk menyerap sesuatu ilmu, sesuatu yang dia dengari, sesuatu yang diajar! Di hari minggu saya akan mengajar umar aisy huruf jawi menggunakan flash card!

Itu cara saya...kadangkala siti aisyah hilang fokus sebab silap saya sendiri. Sebelum ini saya dedahkan dia dengan lagu kanak-kanak, lagu jiwang-jiwang, lagu nasyid, games. Walhal dari pembacaan saya , semua yang saya cakapkan tadi tak diperlukan untuk anak-anak. Biar dia fokus kepada satu perkara sahaja. Sepatutnya saya kenalkan dengan muqaddam, al quran tapi tidak, saya mengajar dia 123, ABC , Alif Ba Taa. Dia dah kenal semua angka dan huruf pada usia 2 tahun. Masa itu, punyalah berbangga dengan anak sendiri sebabnya bagi kami tak padan dengan usia semua dah pandai!

Jadi saya tebus balik kesalahan saya. Untuk umar aisy saya sudah perkenalkan surah-surah pendek untuknya!


Muqaddam untuk siti aisyah!



Satu langkahnya saya belikan dvd 30 juzuk. Kawan saya sarankan supaya pasang bacaan alquran semasa dia bermain. Jadinya saya praktikkan untuk anak saya. Semasa tidur pun saya pasangkan dengan kadar yang perlahan. Sebab saya yakin bila dia selalu mendengar, otaknya menangkap dan dia kan ingat. Sama juga kaedah saya mengajar siti aisyah mengenal huruf. Saya sabar  mengajar walaupun kadang-kadang dia entah kemana. Dia tak sebut tapi dia tengok dan dengar. Itu yang bila dia mampu sebut satu persatu, dan mengenal huruf saya kagum! rupanya dalam diam dia ingat dan menghafaz.



notakaki : ABC, 123 orang yahudi pun boleh ajar